PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU TAHUN 2012

Tarikh kemaskini pada

PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU TAHUN 2012
& BERPELUANG MEMENANGI
HADIAH CABUTAN BERTUAH DAN CENDERAHATI

 cbtn


Sukacita dimaklumkan bahawa pembayar cukai taksiran yang membayar KESELURUHAN CUKAI TAHUNAN 2012 BESERTA TUNGGAKAN pada 1 DISEMBER 2011 HINGGA 31 DISEMBER 2011 akan diberi ‘RECYCLE SHOPPING BAG’ sebagai cenderahati serta LAYAK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN CABUTAN BERTUAH ADALAH: -

(a) Pembayar cukai taksiran telah membayar keseluruhan cukai tahun 2012 beserta tunggakan.

(b) Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai tunggakan, dikehendaki membayar keseluruhan cukai
     tahun 2012.


(c) Pembayaran telah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 1 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011.

(d) Pembayaran dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP iaitu: -

     (i) Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda

     (ii) Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my
   
     (iii) Bayaran di agensi setempat iaitu: -

             (a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

             (b) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

             (c) PDC Setia Urus Sdn Bhd

             (d) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

             (e) Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my

             (f) Tenaga Nasional Berhad (TNB)

             (g) Telekom Malaysia Berhad

             (h) Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my


     (iv) Bayaran di agen-agen bank iaitu: -

             (a) Bank Islam (M) Berhad       (i)  Alliance Bank (M) Berhad 

             (b) CIMB Bank Berhad             (j)  Eon Bank Berhad

            
(c) Citibank Berhad                (k)  Ambank (M) Berhad

             (d) HSBC Bank (M) Berhad       (l)  Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad

             (e) Malayan Banking Berhad    (m)  United Overseas Bank (M) Berhad

             (f) MBF Cards Sdn Bhd           (n)  Affin Bank Berhad

             (g) RHB Bank Berhad              (o)  Public Bank Berhad

             (h) Bank Simpanan Nasional

MPSP telah menyediakan 15,000 UNIT ‘RECYCLE SHOPPING BAG’ dan ia boleh didapati di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth SEMENTARA STOK MASIH ADA.

Manakala HADIAH CABUTAN BERTUAH pula terdiri daripada: -

             1 HADIAH PERTAMA       1 UNIT IPAD 2 (64GB WITH WIFI + 3G)

             1 HADIAH KEDUA           1 UNIT IPAD 2 (32GB WITH WIFI + 3G)

             5 HADIAH KETIGA          5 UNIT IPAD 2 (16GB)

             3 HADIAH KEEMPAT       3 UNIT NETBOOK

             3 HADIAH KELIMA          3 UNIT SMARTPHONE SAMSUNG GALAXY ACE

             3 HADIAH KEENAM         3 UNIT SAMSUNG GALAXY Y

               HADIAH KETUJUH         BARANGAN ELEKTRIK / KAMERA DAN LAIN-LAIN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di 04-5497470/471/697/696/695/468 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..