KEMPEN "OPS MPSP - TAK NAK MEROKOK"

Tarikh kemaskini pada

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP dengan kerjasama dan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang bertema “ Ops MPSP-Tak Nak Merokok “ . Operasi ini memberi fokus kepada penguatkuasaan peraturan larangan merokok di dalam kawasan bangunan Ibu Pejabat MPSP yang merangkumi keseluruhan kawasan di dalam kepungan pagar atau sempadan tanah bangunan pejabat MPSP dan juga termasuk semua kawasan di dalam bangunan MPSP. Operasi ini bertujuan untuk melindungi warga MPSP dan orang ramai yang tidak merokok daripada bahaya asap rokok basi ( Second-Hand Smoke ), di samping memberi kesedaran kepada para perokok agar tidak merokok di kawasan-kawasan bangunan kerajaan yang merupakan tempat larangan merokok .

Tabiat merokok terbukti merosakkan kesihatan dan merugikan ekonomi perokok serta membahayakan kesihatan orang di sekeliling mereka. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP ingin menasihati para perokok agar berhenti merokok dan mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di mana-mana klinik kesihatan atau hospital Kerajaan yang berdekatan. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP juga ingin memberi nasihat kepada orang ramai dan para remaja supaya tidak memulakan tabiat merokok yang merugikan.