Majlis Dialog Belanjawan 2003 (01/01/2002)

Tarikh kemaskini pada

 

MAJLIS DIALOG BELANJAWAN 2003 MPSP

 

MPSP adalah kerajaan tempatan yang pertama mengadakan Dialog Belanjawan. Inisiatif ini telah bermula sejak tahun 2001 lagi.

Majlis Dialog Belanjawan 2003 telah diadakan pada hari Selasa 4hb Jun 2002 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Butterworth. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yg. Berhormat Dato' Abdul Rashid b. Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, diikuti dengan sessi taklimat belanjawan MPSP serta sessi dialog.

Dialog seumpana ini diadakan demi mendekatkan lagi penduduk Seberang Perai dengan aktiviti MPSP dalam membangunkan Seberang Perai sebagai sebuah lokasi terbaik untuk kehidupan, pekerjaan dan pelaburan di Malaysia. Memetik ucapan perasmian Yg. Berhormat Dato' Abdul Rashid b. Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri juga amat berpuashati dengan prestasi MPSP sebagai salah sebuah kerajaan tempatan di Pulau Pinang.  

Beliau meminta seluruh warga Seberang Perai mengutarakan idea-idea pembangunan yang bernas disamping menunaikan tanggungjawap untuk membayar cukai kepada MPSP dan badan kerajaan yang lain bagi memastikan kehidupan yang lebih sempurna dapat diagihkan kepada semua pihak.