Perasmian Mahkamah Majistrate (Municipal) (01/01/2002)

Tarikh kemaskini pada

 

PERASMIAN MAHKAMAH MAJISTRATE (MUNISIPAL) SEBERANG PERAI

Majlis perasmian Mahkamah Majistrate  (Munisipal) Seberang Perai telah disempurnakan oleh Y.A.A. Dato' Ahmad Fairuz bin Dato' Sheikh Abdul Halim, Hakim Besar Malaya pada 10 Jun 2002(Isnin), Jam 9.00 pagi bertempat di Kampung Jawa, Butterworth.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail bin Mamat, Setiausaha Perbandaran, Pegawai-pegawai Kehakiman termasuk Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Yang Berbahagia Dato' Abdul Wahab bin Said Ahmad dan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang Yang Berbahagia Dato' Alizatul Khair binti Osman Khairuddin, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang serta Ahli Majlis-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Mahkamah Majistrate (Munisipal) Seberang Perai ditubuhkan khas untuk mempercepatkan proses pendakwaan. Kes-kes dapat diselesaikan dengan cepat dan mengurangkan kesesakan yang berlaku di Mahkamah Majistrate Butterworth dan Mahkamah Majistrate Bukit Mertajam. Mahkamah Majistrate (Munisipal) Seberang Perai juga akan beroperasi secara elektronik tidak lama lagi untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen.