Keputusan Mencipta Logo (01/01/2003)

 

KEPUTUSAN MENCIPTA LOGO

BERTEMAKAN KESEPAKATAN KOMUNITI

Pertandingan ini telah dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sebanyak 510 penyertaan telah diterima, daripada jumlah tersebut lima pencipta telah layak dianugerahkan hadiah saguhati iaitu RM200 setiap satu, dan seorang pencipta telah menerima hadiah utama iaitu RM2,000.00 setiap seorang. Tahniah diucapkan dan berikut adalah senarai nama pemenang mencipta logo kesepakatan komuniti:

     
Hadiah Utama bernilai RM2,000.00 1. En. Nor Azian b. A. Hasan 721110-05-5505
Hadiah Saguhati RM200.00 setiap satu 1. En. Tan Wye Kit 780621-10-5615
2. En. Khairil Ain b. Yusoh 751125-04-5227
3. En. Hamidon b. Ahmed 691009-08-5297
4. En. Quzailan b. Abdul Rahman 730105-08-5237
5. En. Muhamad Azid b. Abdul Latiff 750810-01-5355
     

Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima.

Program Hidup Sihat Tanpa Dadah (01/01/2003)

 

SEMUA WARGA SEBERANG DIJEMPUT HADIR

MPSP telah mengadakan PROGRAM HIDUP SIHAT TANPA DADAH PADA 

Tarikh   : 25 Mei 2003 (Ahad)

Jam       : 8.00 Pagi-6.00 Petang

Tempat : Kompleks Sukan MPSP, Bertam. 

Pertandingan bagi acara-acara sukan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah : STREET SOCCER / DAM / KAROM / CATUR / DART / CONGKAK / TARIK TALI / TEH TARIK / KARAOKE / BOLING PADANG. 

Acara sukaneka dewasa ialah : TEROMPAH GERGASI LELAKI DAN WANITA / DADU GERGASI LELAKI DAN WANITA / BOLING PADANG LELAKI DAN WANITA / REBUT KERUSI LELAKI DAN WANITA / MENGANYAM KETUPAT WANITA INDIVIDU / ISI AIR DALAM BOTOL IBU DAN ANAK / LARI DENGAN KAKI KAYU LELAKI DAN WANITA. 

Acara sukaneka bagi kanak-kanak pula ialah : LARI BAWA BOLA DENGAN KAYU HOKI LELAKI DAN WANITA / LARI BAWA BOLA DENGAN GELUNG LELAKI DAN WANITA / SKIPPING RIA LELAKI DAN WANITA / LARI BAWA BOLA PINGPONG DENGAN BET LELAKI DAN WANITA / CARI DUIT SYILING DALAM TEPUNG LELAKI DAN WANITA / MENJUNJUNG PUNDI KACANG LELAKI DAN WANITA / TIUP BELON PALING BESAR LELAKI DAN WANITA. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi JABATAN KEMASYARAKATAN di talian 04-3105547/31055751/3105752

Perhimpunan Keamanan (01/01/2003)

 

Satu perhimpunan akan diadakan di Dataran Pemuda Merdeka, MPSP pada 10 April 2003 (Khamis) pada jam 5.00 petang. Semua lapisan masyarakat dijemput hadir beramai-ramai untuk menunjukkan tentangan rakyat Malaysia terhadap pencerobohan ke atas Iraq. Umat Islam dijemput menyertai solat Maghrib dan solat Hajat di Dataran Pemuda Merdeka. Umat Islam perlu membawa sejadah masing-masing pada hari tersebut.

Lelongan Awam Harta Mudah Alih Bil. 1/2003 (01/01/2003)

 

Satu lelongan awam harta mudah alih yang disita telah dijalankan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi pada 28 Januari 2003 bermula jam 9.00 pagi. Tujuh (7) barangan elektrik telah dilelong. Enam (6) berjaya dijual, manakala sebuah VCR akan dilelong sekali lagi pada lelongan akan datang. Untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi, para pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai dinasihatkan untuk membuat bayaran segera sebelum tindakan penyitaan dibuat.

 

 

'BAYAR SEGERA, ELAKKAN HARTA ANDA DARI DISITA'.


Sila hubungi e-mail berikut untuk maklumat lanjut :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pementasan Teater Tengku Anum (01/01/2003)

 

Sukacita dimaklumkan, pementasan Teater Tengku Anum akan diadakan.

 

        TARIKH : 6 MEI 2003 (Selasa) 

            JAM  : 8.30 malam 

        TEMPAT:  Dewan Millenium, SPU 

 

 

SEMUA WARGA SEBERANG PERAI DIJEMPUT HADIR.

 * Masuk adalah Percuma.