Aliran Lalulintas Sehala, Bukit Mertajam (14/10/2003)

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai akan melaksanakan cadangan Aliran Lalulintas Sehala di Lorong Sisi Antara Lebuh Nangka 2 dan Lebuh Nangka 1, Taman Desa Damai, Bukit Mertajam Seberang Perai Tengah bermula pada 15 Oktober 2003 sehingga 14 Januari 2004.

Pelaksanaan ini bertujuan untuk membentuk aliran lalulintas yang tersusun dan selamat untuk digunakan.

Ia juga dijangka dapat mengatasi kesesakan dan pertembungan kenderaan di jalan tersebut.