Ucapan YDP Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke - 50 (30/08/2007)

Tarikh kemaskini pada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-50. Pada tahun ini, masyarakat Seberang Perai berkesempatan untuk meraikannya bersama pemimpin-pemimpin negeri yang lain dengan menyertai perarakan kemerdekaan peringkat negeri yang akan diadakan di Dartaran Pemuda Merdeka dan Majlis Penutup Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-50 pada 10 September 2007 di tempat yang sama.

Hari ini, kita telahpun merayakan kemerdekaan yang ke-50 tahun. Jika dibandingkan dengan tempoh negara kita dijajah, jangka masa 50 tahun ini amatlah pendek. Negara kita sebenarnya telah dijajah hampir 450 tahun lamanya. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita kemudiannya dijajah pula oleh Belanda, British dan Jepun. Justeru itu, sambutan kemerdekaan yang kita anjurkan seharusnya tidak terlalu mementingkan kepada perkara-perkara keseronokan semata-mata tetapi hendaklah lebih kepada pengisian yang boleh menimbulkan lebih kesedaran kepada generasi kita betapa pentingnya kemerdekaan kini dipertahankan sepertimana warga terdahulu mempertahankannya.

Sambutan hari kebangsaan hendaklah digarab sebagai sumber untuk memperteguhkan semangat kebangsaan dan cintakan tanahair. Semangat sedemikianlah yang menjadi intipati kepada kekuatan negara dan semangat ini jualah yang menjadi landasan untuk kita sentiasa kukuh dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara kita.

Sebagai warganegara yang hidup dalam negara yang mempunyai keamanan dan kesejahteraan hasil titik peluh rakyatnya sendiri, kita semua mempunyai peranan masing-masing. Bukan sahaja kita sebagai individu tetapi juga organisasi yang kita wakili turut tidak terkecuali dalam memainkan peranan untuk membangunkan Seberang Perai. Kerana itu, kita berusaha untuk meletakkan diri masing-masing ditempat yang terbaik dengan kerjaya yang berfaedah dengan semangat kemerdekaan bagi mewujudkan kesedaran kepada setiap Warga Seberang Perai tentang peranan masing-masing, tidak kira mereka adalah penjawat awam, pekerja swasta, perindustrian, pertanian, peniaga dan sebagainya harus sama-sama mempunyai semangat cintakan negara dan bangsa Malaysia.

Atas kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada setiap daripada kita supaya menanamkan tekad serta azam untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan berhemah tinggi. InsyaAllah, dengan kesetiaan kita kepada tugas dan tanggungjawab, negara dan bangsa, serta berpandukan kepada nilai-nilai keagamaan sebagai teras utama, kita akan dapat menyumbang ke arah pembentukan Seberang Perai yang Teguh, Negeri Pulau Pinang yang kukuh, negara bangsa yang berdaulat, merdeka dan sejahtera, sejajar dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang benar-benar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Merdeka, Merdeka, Merdeka