JEMPUTAN UNTUK MENGEMUKAKAN KERTAS CADANGAN BAGI MENGURUS TEMPAT LETAK KERETA DI KAWASAN MEGAMALL, PERAI JAYA (14/09/2007)

Tarikh kemaskini pada

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan ini ingin melantik pihak swasta untuk menguruskan tempat letak kereta di kawasan Megamall, Perai Jaya.

Pihak tuan hendaklah mengemukakan kertas cadangan sebelum jam 12.00 tengahari, 15 Oktober 2007 ini. Kertas cadangan itu hendaklah menimbangkan kadar yang sama digunapakai oleh MPSP seperti yang diwartakan pada 5hb Julai 2007 iaitu: 

Bil

Tempoh Penggunaan

Caj

1

Satu (1) jam pertama dan tiap-tiap satu (1) jam berikutnya

RM0.40

2

Satu (1) hari

RM3.00

3

Satu (1) bulan

RM75.00

4

Satu (1) bulan (tempat letak kereta langganan tetap)

RM200.00

Cadangan syarikat tuan hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi perkara-perkara berikut:

1.Prosidur pengurusan
2.Tanggungan risiko
3.Jadual Kos
4.Senarai pengalaman pihak tuan

Adalah diingatkan bahawa, kertas cadangan yang akan dikemukakan, tidak akan mengikat MPSP untuk menerima syarat-syarat serta kos yang ditetapkan oleh syarikat tuan.

Kertas cadangan tersebut hendaklah dialamatkan kepada: Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. MPSP akan memberi keutamaan kepada syarikat yang beroperasi di Seberang Perai.

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau telefon ke 04-5497460 (Ummi Kalthum Shuib)