JEMPUTAN KE LP MOUNTAIN BIKE CARNIVAL - TRAIL 4U 2013 - 02 & 03 NOVEMBER 2013

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah MMK Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai beserta Kelab Berbasikal LP Mountainbike akan menganjurkan program "LP Mountain Bike Carnival" pada 2 November 2013 (Sabtu) mulai 10.00 pagi hingga 9.30 malam dan pada 3 November 2013 ( Ahad) mulai 7.00 pagi hingga 2.00 petang di Kompleks Sukan & Rekreasi MPSP Jalan Betek, Bukit Mertajam.

Program berbasikal akan disempurnakan oleh YB Chong Eng, EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang pada 3 November 2013 (Hari Ahad). Pelepasan peserta bagi program berbasikal adalah pada jam 7.00 pagi pada 3 November 2013 (Ahad).

Acara-acara lain program ialah Pertandingan Lukisan  Kanak-Kanak, Permainan Kanak-Kanak, "Cosplay Competition", Konvoy Super Bike, Konvoy Super Car, Fast Track CHAIRKANA, Car Modified Contest & Exhibition, Belon Udara Panas (Hot Air Balloon), Appearance of Longest Joint Bicycle, Persembahan Tempatan, Jamboree Mountainbike, Badut(Clown) Stilt Walker, Top 100 Riders Red Carpet Walkway, Gerai-Gerai Makanan & Pameran dan Majlis Penyampaian Hadiah.

Selain daripada itu, pada 2 November 2013 (Sabtu) acara Harley Davidson Superbike Convoy  akan diadakan bermula jam 4.00 petang dari Ibu Pejabat MPSP Bandar PERDA ke Kompleks Sukan & Rekreasi MPSP Jalan Betek, Bukit Mertajam.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Pengelola dengan berbesar hati menjemput orang ramai untuk menghadiri serta memeriahkan majlis.

PROGRAM JELAJAH BERSIH SEBERANG PERAI

Sukacita dimaklumkan bahawa program Jelajah Bersih Seberang Perai akan diadakan seperti ketetapan berikut :
 

JELAJAH BERSIH TARIKH MASA TEMPAT
Seberang Perai Utara 13 Oktober 2013 (Ahad) 7.00 pagi - 12.00 t/hari Pantai Robina, Teluk Air Tawar
Seberang Perai Tengah 20 Oktober 2013 (Ahad) 7.00 pagi - 12.00 t/hari Perkampungan Juru
Seberang Perai Selatan 27 Oktober 2013 (Ahad) 7.00 pagi - 12.00 t/hari Taman Berjaya, Nibong Tebal


Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput bersama hadir bagi memeriahkan lagi program ini dan juga menyertai acara-acara yang sediakan seperti ;

  • Kayuhan Rakyat
  • Gotong-Royong
  • Gubahan Bahan Terbuang
  • Mewarna
  • Minyak Motor Percuma
  • Sepak Raga Bulat
  • Lari Dalam Guni
  • Futsal Kain Pelikat
  • Tarik Tali
  • Senamrobik


Bagi memeriahkan lagi program ini, turut dianjurkan Kenduri Rakyat dan Cabutan Bertuah Kayuhan.

Bersama-sama ini disertakan atur cara program Jelajah Bersih Seberang Perai (Sila Klik).

Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN 7 OKTOBER 2013

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN TENDER - TARIKH AKHIR BANTAHAN 07 OKTOBER 2013

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN 7 OKTOBER 2013

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)