KENYATAAN SEBUTHARGA BRG BIL BRG/PPRA/TP/FASA1/02 - 24 JUN 2013

Untuk lihat kenyataan sebutharga, sila klik di sini.

KENYATAAN SEBUTHARGA BRG BIL BRG/PPRA/TP/FASA1/01 - 24 JUN 2013

Untuk lihat kenyataan sebutharga, sila klik di sini.

PERATURAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN LESEN ANJING

PANDUAN UNTUK WARGA SEBERANG PERAI MENGENAI PERATURAN DAN PROSEDUR MEMBUAT PERMOHONAN LESEN ANJING BAGI DAERAH SEBERANG PERAI

 
SYARAT-SYARAT
 
  • Anjing yang berusia melebihi 3 bulan wajib dilesenkan oleh pemilik.
     
  • Anjing dilarang sama sekali dibela di kawasan pangsapuri/flat.
     
  • Anjing tidak boleh dibela di luar premis. Pemilik mesti memastikan anjing berada di dalam premis dan tidak membiarkan anjing berkeliaran di luar premis tanpa pengawasan pemilik. Pihak MPSP berhak menangkap anjing pemilik yang dibiarkan di luar premis.
     
  • Pemilik hendaklah memastikan najis anjing dilupuskan dengan sempurna serta merawat anjing dengan baik apabila anjing menghidap penyakit  dan tidak menimbulkan kacauganggu kepada jiran dan kawasan sekeliling.
     
  • Lesen anjing hendaklah sentiasa dipakaikan pada leher anjing pada setiap masa dan waktu.
     
  • Jika tidak mematuhi sebarang syarat-syarat di atas pihak MPSP berhak megambil tindakan undang-undang di bawah U18 Undang-undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982 kepada pemilik anjing.
     
PANDUAN PERMOHONAN LESEN
 
  • Lesen anjing boleh dibuat di tiga cawangan pejabat MPSP. Bagi kawasan SPU di MPSP Kg. Jawa, bagi kawasan SPT di MPSP Bandar Perda, dan bagi kawasan SPS di MPSP Jawi.
     
  • Tidak perlu membawa sebarang gambar anjing atau gambar pemilik.
     
  • Pemilik anjing hanya perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter permohonan lesen anjing dan lesen anjing boleh didapati pada hari yang sama.
     
  •  Setiap lesen anjing bernilai RM10 dan hanya sah untuk seekor anjing selama satu tahun. Sekiranya pemilik memiliki lebih daripada seekor anjing,  pemilik hendaklah membayar harga lesen bagi setiap ekor anjing yang dimiliki.
     
  • Lesen anjing hendaklah diperbaharaui setiap tahun.

PERTANDINGAN FOTOGRAFI (1 Jun - 1 Julai 2013)

foto-mly

 

MPSP, bersama dengan George Town Festival dan Allspire Photography akan menganjurkan satu pertandingan fotografi bertajuk "Discover the Beauty of Seberang Perai".
Maklumat/syarat penyertaan adalah seperti berikut;
a) Tempoh Pertandingan : 1hb Jun – 1hb Julai 2013.
b) Peserta Warganegara Malaysia sahaja, berumur 18 tahun ke atas.
c) Imej : Pemandangan dan landskap Seberang Perai.
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 6 Julai 2013 sempena Hari Seberang Perai.
Hadiah lumayan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Tempat Pertama - RM 3000
Tempat Kedua - RM 2000
Tempat Ketiga - RM 1000
9 Hadiah Saguhati - RM 500 setiap satu
(Hadiah ditaja oleh George Town Festival)
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.allspire.com/contest atau hubungi Allspire Photography melalui emel diAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PENYELENGGARAAN LITAR SUWA MPSP - 16 MEI 2013

Untuk makluman, Laman Web MPSP tidak dapat dicapai pada hari ini 16/05/2013 (Khamis) bermula jam 5:00 petang sehingga 7:00 malam disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian litar suwa.
 
Sebarang kesulitan yang timbul harap maaf.
 
Terima kasih.