BUTTERWORTH FRINGE FESTIVAL (BFF) - 13 SEHINGGA 14 OGOS 2016

PENGANJURAN BUTTERWORTH FRINGE FESTIVAL 2016
   
bff1 bff2
   

Sukacita dimaklumkan Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Think City Sdn.Bhd dan dengan kendalian kurator George Town Festival (GTF) akan menganjurkan Butterworth Fringe Festival (BFF). Festival ini akan diadakan pada 13 - 14 Ogos 2016 (Sabtu - Ahad) bermula 2.00 petang hingga 11.00 malam di sekitar kawasan Jalan Jeti Lama, Butterworth.

Semua Dijemput Bagi Menyaksikan Persembahan tempatan dan Antarabangsa yang Menjanjikan Kelainan Secara PERCUMA.

Risalah lengkap boleh didapati daripada laman web MPSP melalui jaringan ini, sila (klik di sini) atau boleh menghubungi di talian 04 - 5497709 untuk sebarang pertanyaan.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN (16 OGOS 2016) & TARIKH AKHIR PAPARAN (30 OGOS 2016)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

KURSUS PENGURUSAN ALAM SEKITAR SERTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEPADA KONTRAKTOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai akan mengadakan Kursus Pengurusan Alam Sekitar dan Keselamatan Pekerjaan Kepada Kontraktor pada 08 September 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, kepada kontraktor yang berminat bolehlah membuat bayaran di Kaunter Berpusat Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai bermula pada 08 Ogos sehingga 02 September 2016. Yuran kursus adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan kursus berkenaan bolehlah berhubung dengan Puan Nur Zamzarina binti Hj Othman di talian 04 - 5497773 atau Cik Siti Amirah binti Zainudin di talian 04 - 5497454.  Sekian, harap maklum.

PELAWAAN PERMOHONAN BERNIAGA KEPADA PENIAGA - PENIAGA FOOD TRUCK DI BUTTERWORTH FRINGE FESTIVAL 2016

Sukacita dimaklumkan Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Think City Sdn.Bhd dan dengan kendalian kurator George Town Festival (GTF)  akan menganjurkan Butterworth Fringe Festival (BFF). Festival ini akan diadakan pada 13 - 14 Ogos 2016 (Sabtu - Ahad) bermula 1.00 petang hingga 11.00 malam di sekitar kawasan Jalan Jeti Lama, Butterworth. Sejajar dengan penganjuran BFF 2016, MPSP mempelawa para peniaga food truck untuk untuk turut serta dalam festival ini. Pendaftaran permohonan adalah dibuka kepada semua pemilik food truck seluruh Seberang Perai dan negeri Pulau Pinang bermula 28 Julai 2016 sehingga 4 Ogos 2016.

Borang permohonan boleh didapati daripada laman web MPSP melalui jaringan ini, sila (klik di sini) atau boleh menghubungi di talian 04 - 5497709 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian terima kasih.

TEMUDUGA TERBUKA DI PASAR AWAM (25 JULAI 2016) DAN KOMPLEKS MAKANAN (22 JULAI 2016) MPSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Pasar Awam dan Kompleks Makanan (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04-5497682 / 04-5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..