TEMUDUGA TERBUKA DI KOMPLEKS MAKANAN (27 JANUARI 2016) DAN PASAR AWAM (28 JANUARI 2016) MPSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Kompleks Makanan dan Pasar Awam (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04-5497682 / 04-5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PEMBAYARAN BIL KOMPAUN LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI KINI BOLEH DIBAYAR DI KAUNTER MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DAN SEBALIKNYA MULAI 15 JAN 2016

logo mpsp
PEMBERITAHUAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DI KAUNTER KUTIPAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DI KAUNTER MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
     
1
.
Dimaklumkan bahawa bermula 15 Januari 2016 kompaun letak kereta Majlis Perbandaran Seberang Perai boleh dibayar di kaunter kutipan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dan kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang boleh dibayar di kaunter Majlis Perbandaran Seberang Perai.
     
2
.
Kompaun Majlis Perbandaran Seberang Perai yang boleh dijelaskan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah kompaun kesalahan letak kereta yang dikeluarkan bermula tahun 2014 di bawah Pemberitahuan Tentang Kesalahan Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) Majlis Perbandaran Seberang Perai 1995 seperti contoh di lampiran 1.
     
3
.
Kompaun yang boleh dibayar adalah tertakluk kepada kesalahan berikut:
           
3.1
Perintah 6 (1)
Tidak Mempamirkan Kupon Yang Sah
3.2
Perintah 7
Tidak Mempamirkan Kupon Dengan jelas
3.3
Perintah 8
Mempamirkan Kupon Tidak Mengikut Arahan Yang Diberikan
3.4
Perintah 9
Masa Yang Ditunjuk Dalam Kupon Berikutnya Tidak Bersambung Serta - Merta
3.5
Perintah 15
Letak Tanpa Membayar Caj / Melebihi Masa
3.6
Perintah 19
Letak Di luar Tempat / Petak Letak Kereta
3.7
Perintah 20 (1)
Letak Melintang Garisan Petak
3.8
Perintah 20 (2)
Ingkar Tanda & Isyarat Di Tempat Letak Kereta
3.9
Perintah 25 (1)
Menghalang Tempat / Petak Letak Kereta
3.10
Perintah 27
Menyalahgunakan Tempat / Petak Letak Kereta
3.11
Perintah 28
Berdagang / Berniaga Di Tempat / Petak Letak Kereta
3.12
Perintah 29
Membasuh / Mencuci Kenderaan Motor Di Tempat / Petak Letak Kereta
     
UNDANG - UNDANG KECIL MENCEGAH KEKOTORAN KERAJAAN TEMPATAN SEBERANG PERAI 1975
     
SEBERANG PERAI 1975
3.13
Undang - Undang Kecil 10(1) (g)
Memberhenti Kenderaan Di Siarkaki
     
UNDANG - UNDANG KECIL TAMAN MPSP 1992
3.14
Undang - Undang Kecil 3 (g)
Menunggang Basikal / Memandu Kenderaan Bermotor Di Atas Rumput / Lorong Pejalan Kaki
     
AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974
3.15
Seksyen 46 (1) (g)
Memberhentikan Kenderaan Di Siarkaki
     
4
.
Amaun yang boleh dijelaskan adalah amaun penuh tanpa diskaun sahaja.
     
5
.
Sila hubungi Unit Kompaun di talian 04 - 5402581 atau 04 - 5402582 untuk maklumat lanjut.
     
     

logo mbpp
PEMBERITAHUAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DI KAUNTER KUTIPAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DI KAUNTER KUTIPAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
     
1
.
Dimaklumkan bahawa bermula 15 Januari 2016 kompaun letak kereta Majlis Bandaraya Pulau Pinang boleh dibayar di kaunter kutipan Majlis Perbandaran Seberang Perai, dan kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai boleh dibayar di kaunter kutipan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
     
2
.
Kompaun Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang boleh dijelaskan di Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah kompaun kesalahan letak kereta yang dikeluarkan bermula tahun 2014 di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Pulau Pinang 2014 seperti contoh di lampiran 1.
     
3
.
Kompaun yang boleh dibayar adalah tertakluk kepada kesalahan seperti berikut:
           
3.1
Kesalahan meletak kenderaan di luar petak
3.2
Kesalahan petak letak kereta (meletak kereta melintang, menjaja dalam petak, halangan dalam petak, dan lain-lain)
3.3
Mengalih kompaun dari kenderaan
3.4
Meletak kenderaan di dalam petak OKU atau petak khas
3.5
Kesalahan tidak mematuhi papan tanda/isyarat lalulintas
3.6
Kesalahan meletakkan kenderaan/ halangan di atas siar kaki awam
3.7
Kesalahan tidak pamerkan kupon di atas papan pemuka kenderaan
3.8
Kesalahan melibatkan kupon (tidak meletak kupon, kupon tamat tempoh dan lain-lain)
3.9
Kesalahan melibatkan Alat Peraga Berelektronik (tidak sah, kredit tidak mencukupi, tidak diaktifkan dan rosak)
3.10
Kesalahan pas bermusim (tidak sah/palsu, dipamerkan tidak mengikut arahan) dan tamat tempoh)
     
4
.
Amaun yang boleh dijelaskan adalah amaun penuh tanpa diskaun sahaja.
     
5
.
Sila hubungi Unit Kompaun di talian 04 - 2592242 atau 04 - 2592285 untuk maklumat lanjut.
     

LANJUTAN TEMPOH PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU 2016 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

cukai2016n

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayar cukai taksiran yang membayar KESELURUHAN CUKAI TAHUNAN 2016 BERSERTA TUNGGAKAN mulai 15 NOVEMBER 2015 HINGGA 29 FEBRUARI 2016 akan menerima cenderahati ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA’ serta LAYAK UNTUK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: -

(a) Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun 2016 berserta tunggakan (jika ada).

(b) Pembayaran mesti dibuat dalam tempoh yang ditetapkan mulai 15 November 2015 hingga 29 Februari 2016.

(c) Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP iaitu: -

      1) Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda

     2) Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my

     3) Bayaran di agensi setempat iaitu: -

         (a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
         (b) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
         (c) PDC Setia Urus Sdn Bhd
         (d) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
         (e) Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my
         (f) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
         (g) Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my

(d) Bayaran di agen-agen bank iaitu: -

        (a) Bank Islam (M) Berhad     (i) Alliance Bank (M) Berhad
        (b) CIMB Bank Berhad           (j) Ambank (M) Berhad
        (c) Citibank Berhad               (k) Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad
        (d) HSBC Bank (M) Berhad     (l ) United Overseas Bank (M) Berhad
        (e) Malayan Banking Berhad   (m) Affin Bank Berhad
        (f) MBF Cards Sdn Bhd          (n) Public Bank Berhad
        (g) RHB Bank Berhad            (o) Bank Muamalat Malaysia Berhad
        (h) Bank Simpanan Nasional  (p) Agrobank

Bagi hadiah cabutan bertuah kali ini, berikut adalah senarai hadiah yang disediakan:

       Hadiah Pertama 1 Unit Mountain Bike Venzo Viper 29
       Hadiah Kedua 1 Unit Airwheel X8 Carbon Fibre
       Hadiah Ketiga 1 Unit Mountain Bike Java Saetta
       Hadiah Keempat 1 Unit Ipad Air Wi Fi 16GB
       Hadiah Kelima 1 Unit Ipad Air Wi Fi 16GB
       Hadiah Keenam 1 Unit Mountain Bike KAR-Gero QZ60
       Hadiah Ketujuh 1 Unit Panasonic LED TV 43”
       Hadiah Kelapan 1 Unit Mountain Bike KAR-Gero QZ50
       Hadiah Kesembilan 1 Unit Acer Aspire Notebook PC
       Hadiah Kesepuluh 1 Unit Acer Aspire Notebook PC

       Lain-Lain Hadiah 40 Hadiah Lain berupa mountain bike, barangan, elektrik, telefon pintar, tablet pc dan perkakasan rumah.


Bagi promosi kali ini, MPSP telah memperkenalkan satu (1) kategori baru iaitu cabutan bertuah khusus kepada pemilik yang membayar keseluruhan cukai tahunan 2016 berserta tunggakan (jika ada) dan bayaran mestilah dibuat secara ONLINE dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Sebanyak lima (5) unit telefon pintar jenama Samsung Galaxy A5 disediakan khusus bagi kategori ini.

MPSP telah menyediakan cenderahati berupa ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA (KUPON JAM)’ kepada pembayar cukai yang menyertai promosi ini dan ia boleh dituntut di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth. STOK KUPON PERCUMA ADALAH TERHAD. Setiap akaun yang layak akan menerima 2 buku kupon letak kereta (kupon jam) sebagai cenderahati.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mpsp.gov.my atau menghubungi di talian 04-5497470/471/697/696/468/790 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU TAHUN 2016 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU TAHUN 2016 &

BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

cukai 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayar cukai taksiran yang membayar KESELURUHAN CUKAI TAHUNAN 2016 BERSERTA TUNGGAKAN mulai 15 NOVEMBER 2015 HINGGA 31 DISEMBER 2015 akan menerima cenderahati ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA’ serta LAYAK UNTUK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: -

(a)    Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun 2016 berserta tunggakan (jika ada).
(b)    Pembayaran mesti dibuat dalam tempoh yang ditetapkan mulai 15 November 2015 hingga 31 Disember 2015.
(c)    Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP iaitu: -

    1)    Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda
    2)    Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my
    3)    Bayaran di agensi setempat iaitu: -
        (a)    Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
        (b)    Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
        (c)    PDC Setia Urus Sdn Bhd
        (d)    Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
        (e)    Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my
        (f)    Tenaga Nasional Berhad (TNB)
        (g)    Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my

(d)    Bayaran di agen-agen bank iaitu: -

    (a)    Bank Islam (M) Berhad             (i)    Alliance Bank (M) Berhad
    (b)    CIMB Bank Berhad                   (j)    Ambank (M) Berhad
    (c)    Citibank Berhad                       (k)    Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad
    (d)    HSBC Bank (M) Berhad            (l)     United Overseas Bank (M) Berhad
    (e)    Malayan Banking Berhad          (m)    Affin Bank Berhad
    (f)     MBF Cards Sdn Bhd                (n)    Public Bank Berhad
    (g)    RHB Bank Berhad                    (o)    Bank Muamalat Malaysia Berhad    
    (h)    Bank Simpanan Nasional          (p)    Agrobank

Bagi hadiah cabutan bertuah kali ini, berikut adalah senarai hadiah yang disediakan:

Hadiah Pertama          1 Unit Mountain Bike Venzo Viper 29
Hadiah Kedua             1 Unit Airwheel X8 Carbon Fibre
Hadiah Ketiga             1 Unit Mountain Bike Java Saetta
Hadiah Keempat         1 Unit Ipad Air Wi Fi 16GB
Hadiah Kelima            1 Unit  Ipad Air Wi Fi 16GB
Hadiah Keenam          1 Unit Mountain Bike KAR-Gero QZ60
Hadiah Ketujuh           1 Unit Panasonic LED TV 43”
Hadiah Kelapan          1 Unit Mountain Bike KAR-Gero QZ50
Hadiah Kesembilan     1 Unit Acer Aspire Notebook PC
Hadiah Kesepuluh       1 Unit Acer Aspire Notebook PC
Lain-Lain Hadiah         40 Hadiah Lain berupa mountain bike, barangan, elektrik, telefon pintar, tablet pc dan perkakasan rumah.

Bagi promosi kali ini, MPSP telah memperkenalkan satu (1) kategori baru iaitu cabutan bertuah khusus kepada pemilik yang membayar keseluruhan cukai tahunan 2016 berserta tunggakan (jika ada) dan bayaran mestilah dibuat secara ONLINE dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Sebanyak lima (5)  unit telefon pintar jenama Samsung Galaxy A5 disediakan khusus bagi kategori ini.

MPSP telah menyediakan cenderahati berupa ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA (KUPON JAM)’ kepada pembayar cukai yang menyertai promosi ini dan ia boleh dituntut di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth. STOK KUPON PERCUMA ADALAH TERHAD. Setiap akaun yang layak akan menerima 2 buku kupon letak kereta (kupon jam) sebagai cenderahati.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mpsp.gov.my atau menghubungi di talian 04-5497470/471/697/696/468/790 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PENUTUPAN KAUNTER LESEN ANJING DI KAUNTER BERPUSAT DAN CAWANGAN MPSP

Adalah dimaklumkan bahawa kaunter MPSP di ibupejabat dan pejabat cawangan MPSP tidak lagi menerima sebarang permohonan atau pembaharuan lesen anjing sepanjang tempoh pewartaan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015.
     
Pemohonan baru dan pembaharuan lesen hendaklah dibuat di kaunter MPSP yang dibuka di semua pejabat Jabatan perkhidmatan Veteriner Seberang Perai setelah menjalani proses vaksinasi haiwan berkenaan.
     
Lesen yang dikeluarkan adalah untuk tahun 2016 dan merupakan identifikasi kepada anjing yang telah melalui proses vaksinasi. Lesen tidak akan dikeluarkan kepada anjing tidak menjalani proses vaksinasi berkenaan.
     
Pemilik juga diminta untuk membawa bersama bil cukai taksiran untuk tujuan pengesahan rumah kediaman.
     
Dimaklumkan bahawa kaunter pejabat Jabatan Veteriner Negeri Pulau Pinang adalah dibuka pada setiap hari bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
     
Senarai Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah seperti di bawah :
     
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang.
No Telefon
:
+ 604-5084368, + 604-5084369, + 604-5084369
No Faks
:
+604-5084366
Email
:
admin @ jpvpp.gov.my
     
Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Daerah Seberang Perai Utara
1877, Jalan Pokok Machang,
Pulau Pinang.
     
Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Daerah Seberang Perai Tengah
Cherok Tok Kun, Jalan Kulim
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
     
Pejabat Veterinar
Daerah Seberang perai Selatan
Sungai Jawi, Sungai Bakap
Pulau Pinang.