NOTIS PEMBERITAHUAN : PELAKSANAAN SYARAT TANDAS AWAM BERSIH, MENAWAN DAN WANGI (BMW) SEBAGAI SYARAT LESEN PERNIAGAAN

Tarikh kemaskini pada

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Mei 2026, pelaksanaan standard Tandas Awam Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) akan dijadikan sebagai salah satu syarat dalam permohonan baharu serta pembaharuan lesen perniagaan.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi memastikan tahap kebersihan tandas awam di premis perniagaan sentiasa berada pada tahap tinggi, sekali gus meningkatkan imej bandar, menjaga kesihatan awam dan memberikan keselesaan kepada pengguna. Semua premis perniagaan yang menyediakan kemudahan tandas diwajibkan memastikan tandas mencapai sekurang - kurangnya penarafan 4 bintang di bawah standard BMW selaras dengan arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sehubungan itu, semua premis makanan yang mempunyai tandas diwajibkan melaksanakan penarafan kendiri melalui Sistem Speedbiz. Pihak MBSP juga akan menjalankan pemeriksaan berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap standard yang telah ditetapkan.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan pematuhan kepada syarat ini. Sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan lanjut seperti pengeluaran notis ketidakpatuhan, kompaun dan boleh menjejaskan status lesen perniagaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 04 - 5497555 ext 768 / 556 (Unit Pengurusan Kebersihan Tandas).

Sekian, terima kasih.

 

Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Seberang Perai