Kenyataan Yang DiPertua Bulan April 2011

Tarikh kemaskini pada

Kenyataan Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Majlis Penuh Pada 28 April 2011

  1. 1.    PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

 

1.1     PENYEDIAAN NOTA MESYUARAT DALAM TEMPOH 24 JAM

MPSP telah membuat penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan Nota Mesyuarat, yang perlu dikemukakan dalam tempoh 24 jam oleh pegawai yang hadir ke sesuatu mesyuarat, supaya dapat disalurkan kepada pihak pengurusan atasan. Ianya adalah bertujuan untuk tindakan yang segera atau secepat mungkin, dapat dilaksanakan oleh jabatan berkaitan terhadap perkara atau isu yang diputuskankan di dalam mesyuarat tanpa menunggu Minit Mesyuarat dikemukakan oleh pihak urusetia mesyuarat.

 

1.2 MAKLUMBALAS ADUAN OLEH MPSP

Maklumbalas atau aduan pelanggan kepada MPSP, adalah sangat dihargai dan sentiasa diberi perhatian yang serius kerana ia sememangnya berharga dan boleh membantu dalam usaha MPSP untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada semua para pelanggan. Orang ramai adalah merupakan “eyes and ears” kepada MPSP untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

MPSP menguatkuasa Piagam Pelanggan iaitu, MPSP akan mengemukakan maklumbalas terhadap tindakan yang diambil atau akan diambil kepada pengadu dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima aduan. 

 

  1. 2.    TASK FORCE PENANG SCIENCE PARK DAN KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK

Pihak MPSP telah menubuhkan Task Force Penang Science Park dan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak pada 20 April 2011 dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Federal Federation Of Malaysian Manufactures (FMM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak MPSP sendiri. Task Force ini diwujudkan supaya perkhidmatan di kawasan tersebut dapat dipantau dan diambil tindakan segera untuk kepentingan pihak pelabur di kawasan tersebut yang memberi impak yang besar terhadap pembangunan di Seberang Perai. Antara aspek yang akan diambil kira adalah Infrastruktur, Pembersihan dan Pengindahan, Utiliti dan Keselamatan. MPSP juga akan menubuhkan Task Force di Taman Perindustrian yang lain dalam masa terdekat ini.

  

  1. 3.    TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN APRIL 2011 

Sepanjang bulan April 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 38 notis berhenti kerja dan 55 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran.

Sebanyak 1327 buah premis perniagaan telah diperiksa dan dari jumlah tersebut sebanyak 157 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

Direktorat Penguatkuasaan juga telah mengeluarkan 225 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 55 kompaun ke atas kenderaan Lori Tanah yang menyebabkan jalan kotor.

Sebanyak 177 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 8,850 telah bayaran diterima.

Manakala bagi kompaun parking pula, sebanyak 7973 kompaun parking telah dikeluarkan dan kompaun telah dibayar berjumlah RM80,305 sepanjang April 2011.

 

4.    HARI PEKERJA

1 haribulan Mei setiap tahun, Hari Pekerja sebenarnya mengingatkan kita betapa besarnya sumbangan para pekerja ke atas pembangunan negara. Pekerja adalah tonggak kemajuan, kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara. Tanpa pekerja, terutamanya pekerja yang dedikasi dan produktif, tidak mungkin kita akan mencapai kemajuan dan kemakmuran seperti yang dinikmati sekarang ini. Justeru, kita harus melihat sambutan Hari Pekerja ini sebagai wadah bagi menghargai sumbangan seluruh warga pekerja dalam memacu pembangunan negara ke arah kemajuan dan kemakmuran. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Pulau Pinang amnya dan seluruh warga Seberang Perai khususnya yang akan disambut pada 1 Mei 2011 (Ahad).

 

5.    HARI WESAK

Kepada seluruh penganut agama Buddha di Seberang Perai, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak yang akan disambut pada 17 Mei 2011 (Selasa).

 

Sekian, terima kasih.