PEMBERIAN GANJARAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT BAGI MENCEGAH KEKOTORAN

Tarikh kemaskini pada

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah meluluskan pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat bagi mencegah kekotoran melalui Majlis Penuh Ke-446 Bil. 4/2013 pada 29hb. April 2013.

 

Ganjaran sebanyak RM 100.00 akan diberikan kepada warganegara Malaysia yang mempunyai maklumat dan bukti tentang aktiviti  pembuangan sampah dengan cara yang tidak betul di tempat-tempat awam seperti di atas, di bahu dan di hujung jalan dan lorong belakang,   mana-mana bahagian tanah lapang dan padang permainan.

 

Syarat terhadap pemberian ganjaran adalah seperti berikut :-

 

i.Mengemukakan bukti kukuh kesalahan seperti maklumat lengkap pelaku kesalahan, waktu kesalahan serta disokong dokumen lain seperti foto / gambar dan negatif. Bagi gambar yang diambil dengan mengguna kamera digital, gambar bukti kejadian hendaklah disimpan dalam memori kamera.  Bagi rakaman video, bukti kejadian hendaklah disimpan dalam memori alat perakam video tersebut.

ii.Mengemukakan maklumat sendiri dengan lengkap bagi tujuan pembayaran serta mudah dihubungi apabila diperlukan.

iii. Pengadu perlu melengkapkan borang maklumat pembuangan sampah haram.

iv.Sekiranya Majlis menerima maklumat melebihi daripada satu sumber berkaitan kes yang sama, maka maklumat yang terdahulu dan lengkap akan diterima pakai.

 

Borang maklumat  boleh diserahkan kepada MPSP melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran,  Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tingkat 2,  Jalan Perda Utama,  Bandar Perda,  14000 Bukit Mertajam  atau melalui email kepada pegawai-pegawai seperti berikut:-

 

NAMA PEGAWAI

NO. TELEFON

EMAIL

Ir HJH ROSNANI BT HJ MAHMOD

Pengarah Perkhidmatan Perbandaran

013-4751866

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MOHD PUAD BIN HAMID

Pen. Pengarah Perkhidmatan Perbandaran

013-4364346

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Klik untuk muat turun borang (Borang)

 

  • Maklumat pengadu di rahsiakan
  • Ganjaran sebanyak RM100.00 bagi setiap maklumat kesalahan yang di kemukakan.