PENUTUPAN KAUNTER LESEN ANJING DI KAUNTER BERPUSAT DAN CAWANGAN MPSP

Tarikh kemaskini pada

Adalah dimaklumkan bahawa kaunter MPSP di ibupejabat dan pejabat cawangan MPSP tidak lagi menerima sebarang permohonan atau pembaharuan lesen anjing sepanjang tempoh pewartaan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015.
     
Pemohonan baru dan pembaharuan lesen hendaklah dibuat di kaunter MPSP yang dibuka di semua pejabat Jabatan perkhidmatan Veteriner Seberang Perai setelah menjalani proses vaksinasi haiwan berkenaan.
     
Lesen yang dikeluarkan adalah untuk tahun 2016 dan merupakan identifikasi kepada anjing yang telah melalui proses vaksinasi. Lesen tidak akan dikeluarkan kepada anjing tidak menjalani proses vaksinasi berkenaan.
     
Pemilik juga diminta untuk membawa bersama bil cukai taksiran untuk tujuan pengesahan rumah kediaman.
     
Dimaklumkan bahawa kaunter pejabat Jabatan Veteriner Negeri Pulau Pinang adalah dibuka pada setiap hari bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
     
Senarai Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah seperti di bawah :
     
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang.
No Telefon
:
+ 604-5084368, + 604-5084369, + 604-5084369
No Faks
:
+604-5084366
Email
:
admin @ jpvpp.gov.my
     
Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Daerah Seberang Perai Utara
1877, Jalan Pokok Machang,
Pulau Pinang.
     
Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Daerah Seberang Perai Tengah
Cherok Tok Kun, Jalan Kulim
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
     
Pejabat Veterinar
Daerah Seberang perai Selatan
Sungai Jawi, Sungai Bakap
Pulau Pinang.