Mayor's Message

Last updated on

Tahun Baru 2024
YBhg. Dato' Azhar b. Hj Arshad
Datuk Bandar Seberang Perai
 
Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran di atas penitian perjalanan tahun 2023 yang begitu banyak meninggalkan kenangan dan pencapaian yang begitu membanggakan buat warga Seberang Perai. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua Ahli - Ahli Majlis, Ketua - Ketua Jabatan dan Kakitangan Majlis, Agensi - Agensi Kerajaan dan Swasta, Rakan - Rakan Strategik dan seluruh warga Seberang Perai yang selama ini berdiri teguh bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi memastikan hasrat dan aspirasi MBSP sentiasa dicapai.
 
Tahun baru 2024 merupakan tahun untuk kita mensyukuri dan mengekalkan nikmat atau kejayaan yang telah kita terima selama ini dan terus mara dan maju bagi mengemudi tahun 2024 dengan lebih cemerlang. Semoga di Tahun baru ini, lembaran - lembaran baru akan dibuka dengan penuh iltizam dan semangat bagi memacu lebih banyak kejayaan melalui konsep Amanah, Betul dan Cepat (ABC).
 
Saya berharap agar kita sentiasa berani untuk melakukan perubahan kerana mungkin dengan satu perubahan itu akan membawa kita ke satu kejayaan yang lebih besar. Dengan berkat dan doa, saya berharap agar setiap langkah dalam tahun 2024 akan mendapat keberkatan dan kebahagiaan buat semua.
 
Selamat Menyambut Tahun Baru 2024.
 
 
YBhg. Dato' Azhar b. Hj Arshad
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Seberang Perai
Pulau Pinang, Malaysia