SEWAAN PETAK KHAS LETAK KERETA (27/11/2007)

Last updated on

 

  Para peniaga yang ingin memohon sewaan petak khas letak kereta bagi tahun 2008, bolehlah berbuat demikian dengan segera. Semua jenis perniagaan dibenarkan membuat permohonan. Kelulusan akan diberikan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.

MPSP juga akan memberikan diskaun untuk penyewaan tapak yang dibeli bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke atas. Berikut adalah kadar sewaan.

 

Jenis Sewaan

Harga Baru (RM)

A

Diskaun (%) B

Harga Selepas Diskaun (RM) A - B

Sebulan

200.00

-

200.00

3 bulan berturut-turut

600.00

5

570.00

6 bulan berturut-turut

1,200.00

10

1,080.00

9 bulan berturut-turut

1,800.00

15

1,530.00

Setahun

2,400.00

20

1,920.00

  

Selain dari itu, Majlis juga menetapkan syarat-syarat seperti berikut:

1.      Tiada caj permohonan yang dikenakan ke atas permohonan baru (pertama kali)

2.      Penyewaan hendaklah diperbaharui dan dibayar sekurang-kurangnya seminggu sebelum tamat tempoh.

3.      Penalti akan dikenakan jika diperbaharui lewat dari tarikh yang ditetapkan, iaitu sebanyak RM5 bagi setiap hari yang lewat sehingga dua (2) minggu sahaja. Jika kelewatan adalah melebihi (2) minggu, caj permohonan semula akan dikenakan sebanyak RM100.

4.      Caj permohonan semula hanyalah sah sehingga setahun dari tarikh luput sewaan terakhir sahaja. Selepas dari tarikh tersebut, Majlis tidak akan meluluskan sebarang permohonan dari pemohon yang sama selama enam (6) bulan, selepas tarikh permohonan semula.

5.      Sebarang penggunaan secara tidak sah akan dikenakan kompaun maksimum.

Untuk maklumat sila hubungi 04-5497695 atau e-mail ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sila download borang (borang) dan hantarkan bersama cek bayaran ke Bahagian Letak Kereta, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam. Para pemohon juga boleh membawa borang dan bayaran ke Kaunter MPSP di Bandar Perda.