Penguatkuasaan Kompaun Letak Kereta Di Kepala Batas Dan Nibong Tebal (16/11/2009)

Last updated on

 

1. Adalah dimaklumkan bahawa kawasan Kepala Batas di Seberang Perai Utara dan Kawasan Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan akan dikuatkuasakan kutipan tempat letak kereta bermula pada 01 November 2009 keatas semua tempat yang telah diwartakan sebagai petak letak kereta berkupon berdasarkan arahan Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP 1995.

2. Penguatkuasaan tegas keatas semua tempat letak kereta yang telah diwartakan.Semua pemilik kenderaan dinasihatkan untuk mempamerkan kupon yang sah dari MPSP.

3. Kupon-kupon boleh didapati daripada agen-agen yang dilantik,dan PESUKA di Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda. Orang awam yang berminat menjadi agen adalah dijemput memohon.