Kursus Pengurusan Alam Sekitar Serta Keselamatan Dan Kesihartan Pekerjaan Kepada Kontraktor

Last updated on

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan mengadakan Kursus Pengurusan Alam Sekitar Serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kepada Kontraktor pada 1 dan 2 Oktober 2013 di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Jalan Bagan Luar, Butterworth.  Sehubungan dengan itu, pelawaan adalah terbuka kepada semua kontraktor yang berminat untuk menghadiri kursus ini. Bayaran penyertaan kursus adalah sebanyak RM50.00 untuk setiap pendaftaran. Bayaran penyertaan boleh dibuat di Kaunter Berpusat, Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda mulai 27 Ogos 2013 hingga 6 September 2013.