Earth Hour Celebration Campaign On 19th March 2016

Last updated on

Dimaklumkan bahawa Earth Hour 2016 akan diadakan pada 19 Mac 2016 (Sabtu). Semua pemilik kediaman, pejabat dan premis perniagaan dikehendaki untuk mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam, sebagai usaha untuk menjimatkan tenaga di seluruh dunia.

Sehubungan itu, kerjasama tuan / puan untuk memadamkan lampu - lampu exterior (luar bangunan ataupun lampu perhiasan) dan bukannya menutup lampu keseluruhan bangunan (blackout) sepenuhnya di premis masing - masing pada 19 Mac 2016 (Sabtu) mulai jam 8:30 malam hingga 9:30 malam.

Pihak tuan / puan juga adalah dipohon untuk mengambil langkah - langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan awam di kawasan bangunan tuan / puan semasa pemadaman lampu dilakukan.

Kerjasama yang diberikan di dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.