PEMBUKAAN KAUNTER KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2022

Last updated on

Sempena sambutan Hari Wanita Tahun 2022, MBSP berbesar hati untuk mewujudkan satu unit 'Kaunter Khas Untuk Pelanggan Wanita' di Kaunter Berpusat MBSP Bandar Perda pada 8hb Mac 2022 (Selasa), dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang sebagai platform untuk menghargai sumbangan dan jasa wanita di Negeri Pulau Pinang.

Pelanggan wanita diberikan keutamaan nombor giliran untuk membuat bayaran bil - bil MBSP seperti bil sewa gerai, sewa harta Majlis dan kompaun MBSP di Kaunter 11.