PROMOSI CUKAI TAKSIRAN PENGGAL KEDUA TAHUN 2020 KHAS BAGI PEMBAYARAN SECARA ONLINE, MELALUI AGENSI KUTIPAN DAN KIOSK PAYLINK

Tarikh kemaskini pada

 
Cukai Taksiran 2020 Penggal Kedua
 
Sukacita di sini dimaklumkan bahawa Promosi Cukai Taksiran Penggal Kedua Tahun 2020 bermula pada 1 Julai 2020 dan akan tamat pada 31 Ogos 2020. Promosi ini diadakan istimewa kepada seluruh pemilik premis di Seberang Perai sebagai insentif dan galakan supaya membayar cukai taksiran serta menjelaskan tunggakan dengan kadar segera khusus untuk pembayaran secara online, melalui agensi yang dilantik serta Kiosk Paylink Global.
 

Syarat - syarat penyertaan bagi Promosi Cukai Taksiran Penggal Kedua Tahun 2020 ini adalah seperti berikut :

(a) Promosi ini khusus kepada pembayaran cukai taksiran yang dibuat sepenuhnya secara ‘ONLINE, MELALUI AGENSI KUTIPAN DAN KIOSK SAHAJA’.

(b) Cukai taksiran tahun 2020 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan sekiranya jika ada.

(c) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Ogos 2020.

(d) Senarai saluran pembayaran yang berkaitan adalah seperti di Lampiran A.

 
Sebanyak lima (5) hadiah cabutan bertuah telah disediakan bagi Promosi Cukai Taksiran Penggal Kedua Tahun 2020 ini dan hadiah berkenaan adalah seperti berikut :
Kedudukan Hadiah
Jenis Hadiah
Tempat Pertama
Wang Tunai RM7,000
Tempat Ke - 2
Wang Tunai RM5,000
Tempat Ke - 3
Wang Tunai RM3,000
Tempat Ke - 4
Wang Tunai RM2,000
Tempat Ke - 5
Wang Tunai RM1,000
 
Semua pemilik premis adalah digalakkan untuk segera membuat bayaran cukai taksiran tahun 2020 berserta tunggakan (jika ada) secara online berdasarkan syarat di atas bagi melayakkan anda terpilih untuk cabutan bertuah.
 
Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai terma dan syarat sila hubungi di talian 04 - 5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
LAMPIRAN A
 
Saluran bayaran secara ONLINE / AGENSI KUTIPAN / KIOSK adalah seperti berikut :
 
  •  Laman web MBSP : https://www.mbsp.gov.my (melalui MBSPPay).

  •  Laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang : https://ebayar.penang.gov.my.

  •  Perbankan Internet :

  • a.
    Bank Islam Malaysia Berhad
    h.
    Alliance Bank (M) Berhad
    b.
    CIMB Bank Berhad
    i.
    Ambank (M) Berhad
    c.
    HSBC Bank (M) Berhad
    j.
    Agrobank
    d.
    Maybank
    k.
    Affin Bank Berhad
    e.
    MBF Cards (Ambank)
    l.
    Public Bank Berhad
    f.
    RHB Bank Berhad
    m.
    Bank Muamalat Malaysia Berhad
    g.
    Bank Simpanan Nasional
    n.
    JOMPAY

  •  Kiosk PayLink Global Seluruh Malaysia.

  •  Manakala senarai agen kutipan kaunter yang sah dilantik MBSP adalah seperti berikut (5 agensi) :-

  • a.
    Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
    b.
    Bank Rakyat
    c.
    Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
    d.
    Pos Malaysia (Seluruh Negeri Pulau Pinang Sahaja)
    e.
    Pejabat Daerah Dan Tanah (Seluruh Negeri Pulau Pinang Sahaja)