Cukai kadaran

Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusun.

Jika pemilik yang telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, maka pemilik bolehlah mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri bagi pihaknya dengan syarat wakil tersebut mengemukakan 'Surat Kuasa' yang ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.

Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.

Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MBSP adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MBSP memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri.

Tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran adalah seperti berikut:

Setengah Tahun Tempoh Pembayaran
Pertama 1hb Januari sehingga 28hb. Februari / 29 Februari
Kedua 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos

Jika anda membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan, iaitu selepas 28 atau 29 Februari dan 31 Ogos, Caj Notis (Borang E) sebanyak RM10 akan dikenakan kepada anda pada 1 Mac dan 1 September.

Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas 15 hari daripada tarikh Notis (Borang E) dikenakan, waran tahanan sebanyak RM50 akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan pegawai MPSP yang diberi kuasa:

  • Merampas (mensita) harta alih yang ada di dalam bangunan

  • Melelong bangunan / tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.

Ya, Majlis boleh menahan proses permohonan pemilik yang mempunyai tunggakan dari memperolehi kelulusan berikut:

  • Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut

  • Kelulusan pelan susunatur.

  • Kelulusan pelan bangunan.

  • Kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan (OC)

  • Semak dengan MBSP bagi memastikan tiada tunggakan cukai taksiran pegangan tersebut. Atau, semakan boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan yang menguruskan harta tersebut.

  • Memaklumkan kepada MBSP dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis Jualan atau Pindah milik [Sek 160, AKT 1976] dengan disertakan maklumat-maklumat berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan. Jika anda gagal, pihak MBSP boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam dari pemilik harta.

(a)
Sesuatu pegangan atau sesuatu bahagian daripadanya digunakan semata - mata :-
(i)
Sebagai tempat awam untuk sembahyang;
(ii)
Sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen;
(iii)
Bagi sekolah awam;
(iv)
Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus; dan
(b)
Pegangan digunakan bukan untuk maksud mendapatkan keuntungan; dan
(c)
Memperoleh kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) dan Sijil Layak Menduduki (OC) / Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi maksud kegunaan pegangan seperti di 13(a).
Mana - mana pegangan yang memenuhi kesemua kriteria (a) hingga (c) tersebut adalah layak untuk memohon bagi mendapatkan pengecualian Cukai Taksiran di bawah Seksyen 134, Akta 171.
(a)
Sesuatu pegangan atau sesuatu bahagian daripadanya digunakan semata-mata bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan; dan
(b)
Pegangan digunakan bukan untuk maksud mendapatkan keuntungan; dan
(c)
Pegangan hendaklah dimiliki oleh Pertubuhan yang sah dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia; dan
(d)
Kegunaan pegangan adalah mengikut kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) dan Sijil Layak Menduduki (OC) / Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi maksud kegunaan pegangan seperti di 14(a); dan
(e)
Pegangan hendaklah beroperasi dan digunakan bagi maksud menjalankan aktiviti - aktiviti pertubuhan sahaja dan tidak digunakan oleh pihak - pihak lain bagi maksud selainnya.
Mana - mana pegangan yang memenuhi kesemua kriteria (a) hingga (e) tersebut adalah layak untuk memohon untuk mendapatkan pengecualian atau pengurangan Cukai Taksiran di bawah Seksyen 135, Akta 171.