Aduan

Aduan boleh dikemukakan melalui MyMBSP app, eADUAN dan ASPIRE yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar. Selain itu, aduan boleh diemelkan ke aduan@mbsp.gov.my. Orang ramai juga boleh menelefon ke talian 04 - 269 69 69 ataupun hadir ke Kaunter Berpusat MBSP di Ibu Pejabat MBSP. Surat aduan pula boleh difaks ke 04 – 538 9700 atau dipos ke alamat :

Unit Aduan,
Majlis Bandaraya Seberang Perai,
Menara Bandaraya,
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Butiran aduan yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Nama pengadu.
  • Emel ataupun Alamat Lengkap pengadu untuk maklum balas.
  • * Keterangan aduan.
  • * Lokasi aduan atau tanda bumi (yang dapat membantu untuk mengenalpasti lokasi).
  • No. Telefon pengadu (untuk mendapatkan keterangan lanjut aduan sekiranya tidak jelas).

* Wajib dikemukakan.