LA 21
Local Action 21 atau dikenali sebagai LA 21 adalah agenda (perjanjian) antarabangsa ke arah pembangunan mampan global untuk abad ke-21. Agenda ini dibentangkan semasa Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditandatangani oleh lebih 178 kerajaan termasuk Malaysia. Pembangunan mampan yang dimaksudkan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan masakini tanpa menjejas kesanggupan generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan-keperluan mereka. Maklumat berkaitan program LA 21 yang dijalankan boleh didapati di laman web berikut (Laman Web LA 21)