Kompaun, Notis Dan Saman Di Bawah Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP, 1995

Anda boleh berjumpa dengan pegawai kompaun di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Tingkat 9, Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam, untuk mendapatkan pengurangan bayaran kompaun.

Pengurangan kompaun hanya boleh dibuat di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Tingkat 9, Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam.

Sebelum ini, MPSP menggunakan sistem secara manual tetapi kini MPSP telah menggunakan sistem berkomputer secara "online" di mana semakan semula perlu di buat untuk memastikan segala rekod terdahulu dimasukkan dalam sistem baru. Hal ini penting supaya setiap kompaun yang telah dibayar tidak dibuat saman.