Lesen

Permohonan untuk mendapatkan permit menggantung iklan sementara (banner atau banting) boleh dibuat melalui borang permohonan di kaunter Berpusat MPSP. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut dan mengepilkan salinan contoh rekabentuk (artwork) paparan iklan tersebut dan juga pelan lokasi di mana iklan tersebut akan dipamerkan. Syarat-syarat lain berkenaan tatacara penggantungan iklan boleh diperolehi di muka hadapan borang permohonan. Caj yang dikenakan untuk permit iklan sementara adalah sebanyak RM20.00 untuk satu iklan untuk tempoh masa sebulan. Selain itu terdapat juga caj cagaran yang dikenakan untuk permohonan ini. Caj tersebut dikira berdasarkan jumlah iklan yang akan dipamerkan dan kadar bayaran adalah dari RM100.00 hingga RM2000.00. Caj ini akan dipulangkan semula apabila tamat tempoh paparan dan semua iklan dialihkan dari tempat pameran.
Borang permohonan juga boleh diperolehi daripada laman web MPSP dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh berhubung dengan Jabatan Pelesenan di talian 04-5497685 dan 04-5497683.