PERATURAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN LESEN ANJING

Tarikh kemaskini pada

PANDUAN UNTUK WARGA SEBERANG PERAI MENGENAI PERATURAN DAN PROSEDUR MEMBUAT PERMOHONAN LESEN ANJING BAGI DAERAH SEBERANG PERAI

 
SYARAT-SYARAT
 
  • Anjing yang berusia melebihi 3 bulan wajib dilesenkan oleh pemilik.
     
  • Anjing dilarang sama sekali dibela di kawasan pangsapuri/flat.
     
  • Anjing tidak boleh dibela di luar premis. Pemilik mesti memastikan anjing berada di dalam premis dan tidak membiarkan anjing berkeliaran di luar premis tanpa pengawasan pemilik. Pihak MPSP berhak menangkap anjing pemilik yang dibiarkan di luar premis.
     
  • Pemilik hendaklah memastikan najis anjing dilupuskan dengan sempurna serta merawat anjing dengan baik apabila anjing menghidap penyakit  dan tidak menimbulkan kacauganggu kepada jiran dan kawasan sekeliling.
     
  • Lesen anjing hendaklah sentiasa dipakaikan pada leher anjing pada setiap masa dan waktu.
     
  • Jika tidak mematuhi sebarang syarat-syarat di atas pihak MPSP berhak megambil tindakan undang-undang di bawah U18 Undang-undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982 kepada pemilik anjing.
     
PANDUAN PERMOHONAN LESEN
 
  • Lesen anjing boleh dibuat di tiga cawangan pejabat MPSP. Bagi kawasan SPU di MPSP Kg. Jawa, bagi kawasan SPT di MPSP Bandar Perda, dan bagi kawasan SPS di MPSP Jawi.
     
  • Tidak perlu membawa sebarang gambar anjing atau gambar pemilik.
     
  • Pemilik anjing hanya perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter permohonan lesen anjing dan lesen anjing boleh didapati pada hari yang sama.
     
  •  Setiap lesen anjing bernilai RM10 dan hanya sah untuk seekor anjing selama satu tahun. Sekiranya pemilik memiliki lebih daripada seekor anjing,  pemilik hendaklah membayar harga lesen bagi setiap ekor anjing yang dimiliki.
     
  • Lesen anjing hendaklah diperbaharaui setiap tahun.