Lelongan Awam (01/01/2002)
LELONGAN AWAM HARTA MUDAH ALIH BIL. 1/2002
|
Pada 15 April yang lalu, satu lelongan awam harta mudah alih yang disita telah dijalankan buat julung kalinya di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi jam 9:00 pagi hingga 10:30 pagi. Daripada 19 unit barangan elektrik yang telah diluluskan untuk dilelong, sebanyak 3 unit telah dikembalikan kepada pemilik masing-masing kerana mereka telah menjelaskan tunggakan cukai kadaran masing-masing. Majlis telah berjaya melelong 15 unit dan sebuah televisyen yang tidak berjaya dilelong pada hari tersebut akan dilelong semula dan diturunkan harga permulaannya pada lelongan yang akan datang. Para pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai dinasihatkan untuk membuat bayaran segera sebelum tindakan penyitaan dibuat. 'BAYAR SEGERA, ELAKKAN HARTA ANDA DARI DISITA'. |