Lawatan Ke Muzium Islam Pulau Pinang (13/10/2004)

Tarikh kemaskini pada

 

Dimaklumkan, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (Dewan) dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia telah menubuhkan Muzium Islam Pulau Pinang yang bertempat di :-

 

Alamat : Rumah Besar Syed Al-Attas, No.128,

            Lebuh Armenian, Pulau Pinang.

 

Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang mengumpul dan mempamerkan pelbagai artifak yang berkaitan dengan agama Islam dan adat budaya orang Melayu di Pulau Pinang.

 

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk melawat Muzium ini yang dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.