Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) (18/01/2007)

Tarikh kemaskini pada

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai PBT bertanggungjawab sebagai penyelaras kepada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT). PPKB akan dilaksanakan di seluruh Seberang Perai (kawasan dibawah kuasa MPSP) sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) bagi tempoh 2006-2010. Oleh itu, kami mempelawa warga Seberang Perai untuk menyertai program tersebut. Golongan sasaran bagi program tersebut ialah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM600.00 ke bawah.

Buat permulaan MPSP akan terlibat secara langsung dalam 5 projek ialah :-

i.      Projek Perumahan Keluarga Miskin

§         Bantuan Sewa Rumah/ Bilik

ii.      Pengurangan Beban Tanggungan Keluarga

§         Bantuan Kemasukan ke Sekolah/ IPT

§         Bantuan Kos Jagaan Kanak-kanak Ke Taska/ Tadika/ Jiran/ Individu

§         Bantuan Kos Pengangkutan ke Tempat Kerja/ Sekolah

§         Bantuan Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang

 iii.      Pendidikan dan Latihan

§         Latihan Kemahiran

 iv.      Mengenalpasti Peluang Pekerjaan

v.      Bantuan Ihsan Penduduk Miskin di Bandar

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohamad Nizam Bin Zainal (04-5497719/ 012-5017710). Borang boleh didapati di kaunter berpusat, MPSP atau klik di sini BORANG.