Program Pengredan Premis Makanan (26/11/2009)
Utk makluman, Program Pengredan Premis Makanan sedang dilaksanakan. Penilaian dan pengredan premis makanan akan dijalankan oleh Panel Penilaian Premis Makanan MPSP bermula dari 21/11/09 - 14/12/09. Program ini bertujuan memberi pelekat bagi premis yang mendapat status gred 'A' & 'B' untuk dipamerkan kepada orang awam.
Berikut adalah objektif Pengredan Premis Makanan :-
A.Memberi kemudahan kepada pengguna dalam membuat pilihan premis makanan disesuatu tempat tumpuan orang ramai.
B.Meningkatkan tahap kebersihan, penyajian, keselamatan dan kualiti makanan yang disediakan di premis makanan di Seberang Perai
C.Menanam sifat dan amalan kebersihan diri yang baik dikalangan pengusaha dan pengendali makanan.
D.Mempermudahkan premis makanan agar sentiasa menjaga pencapaian kebersihan premis mereka ditaraf tertinggi
1.Penilaian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP bagi menentukan tahap kebersihan premis makanan.
Gred - Markah
A - 80% hingga 100%
B - 65% hingga 79%
C - 50% hingga 64%
D - 50% hingga 0% (tutup premis)
2.Bagi premis yang mendapat gred D, tindakan di bawah Seksyen 11 (penutupan premis tidak suci) Akta Makanan 1983 iaitu penutupan premis secara serta merta tidak lebih daripada 14 hari.

3.Ingkar perintah ini boleh dikenakan penjara selama tidak lebih 5 tahun atau denda.
Kriteria Penilaian
1. Keselamatan makanan, perlindungan makanan, kawalan suhu semasa proses penyimpanan, penyediaan, pameran dan penghidangan.
2. Kebersihan diri dan kesihatan pengendali makanan
3. Kebersihan peralatan dan perkakasan makanan serta kemudahan mencuci
4. Kebersihan dan penyimpanan bahan makanan mentah
5. Keselamatan bekalan air dan sambungan bekalan air paip.
6. Sistem perlimbahan yang berfungsi dengan baik serta pemasangan perangkap minyak yang sempurna.
7. Kemudahan tandas dan mencuci tangan yang bersih dan berfungsi dengan baik.
8. Pengurusan pembuangan sampah dan sisa dapur.
9. Bangunan (Lantai,Dinding & Siling), pencahayaan dan pengudaraan
10.Kawalan serangga, rodensia (tikus), dan haiwan peliharaan.

Kesalahan Yang Sering Dilakukan
1. Tiada grease trap / perangkap minyak atau pemasangan yang tidak sempurna.
2. Tandas kotor dan kemudahan tandas tidak berfungsi dengan sempurna.
3. Tiada kawalan lalat, tikus dan lipas.
4. Lantai, dinding dan siling kotor atau rosak.
5. Tidak memakai apron dan penutup kepala.
6. Pekerja tiada suntikan Typhoid.
7. Peti ais kotor dan tidak tersusun.
8. Membasuh pinggan di atas lantai.
9. Premis tidak mempunyai stor penyimpanan makanan.
10.Tong sampah tidak mencukupi dan bertutup dengan sempurna.
Peringatan
Penggredan permarkahan Gred A & B tidak akan diberikan kepada premis yang mempunyai kesalahan :
Penggredan permarkahan Gred A & B tidak akan diberikan kepada premis yang mempunyai kesalahan :
1. Tidak memasang perangkap minyak.
2. Tidak mempunyai suntikan Typhoid.
3. Memasak di kaki lima.
4. Menjalankan aktiviti memasak dan membasuh pinggan di belakang premis.
5. Tidak memasang jubin lantai.
6. Melepaskan ke parit awam.
7. Tidak membaiki, menaiktaraf dan menyelenggara tandas.
8. Premis kotor dan tidak mengecat bangunan