PENGKALAN DATA TENDER & SEBUTHARGA (02/08/2010)

Tarikh kemaskini pada

 

Adalah dimaklumkan mulai 1 Ogos 2010 semua tender/sebutharga baru yang akan diiklan pihak kontraktor/pembekal adalah dikehendaki menginputkan sendiri maklumat-maklumat seperti pendaftaran syarikat, pengalaman kerja, kerja semasa, loji dan kakitangan syarikat melalui Sistem Pengkalan Data Tender/Sebutharga.

Pihak kontraktor/pembekal hanya mengemukakan dokumen tender atau borang sebutharga bersama penyata bank 3 bulan terkini dan/atau Laporan Institusi Kewangan (Borang CA) semasa menghantar Tender/Sebutharga di Kaunter Berpusat.

Maklumat yang di input hendaklah benar dan jika didapati terdapat penipuan data secara automatiknya MPSP berhak membatalkan Tender/sebutharga yang telah dimasuki.