JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA MALAYSIA AIDILFITRI TAHUN 2011

Tarikh kemaskini pada

Sukacita dimaklumkan bahawa, "Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Tahun 2011" akan diadakan pada 11 September 2011 (Ahad) bermula jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengah hari bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Kubang Semang, SPT. Majlis ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Semua warga Seberang Perai adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan rumah terbuka ini. Sekian, harap maklum.