KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 23 NOVEMBER 2011

Tarikh kemaskini pada

Kenyataan Yang DiPertua

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Majlis Penuh Pada 23 November 2011

 

1.PERTANDINGAN GOLF SEMPENA HARIJADI TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2011

  Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai akan menganjurkan pertandingan tersebut pada 11 Disember 2011 (Ahad) bertempat di Bukit Jawi Golf Resort dan masa Tee-Off adalah pada   jam 8:30 pagi.  Sehubungan itu, pihak Majlis mengalu-alukan individu atau agensi yang berminat untuk menyertainya.  Borang pertandingan boleh diperolehi daripada Jabatan Kemasyarakatan ataupun melalui laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my .  Penyertaan adalah terhad kepada 90 peserta mengikut ‘first come first serve”.  Yuran penyertaan yang dikenakan kepada seorang peserta adalah RM250.00 yang merangkumi “green fees”, “buggy” dan “goodies”.

 

2.PENGHARGAAN PROJEK INISIATIF HIJAU SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2011

  Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dipilih sebagai salah satu penerima penghargaan di atas Inisiatif Kejiranan Hijau melalui penyediaan Sistem Pelupusan Sisa Pepejal Kaedah Kompos sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2011 bertemakan "Sustainable Development : Green Urbanism".  Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menerima penghargaan yang  disampaikan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Seri Chor Chee Heung pada 15 November 2011 (Selasa) jam 8:00 malam bertempat di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

 

3.AWAL MUHARAM (MAAL HIJRAH) 1432 HIJRAH

  Adalah dimaklumkan bahawa Awal Muharam (Maal Hijrah) 1432 Hijrah tahun ini adalah bersamaan dengan 27 November 2011 (Ahad) dan merupakan Hari Kelepasan Am. 

 

4.CABUTAN BERTUAH DAN CENDERAHATI TAHUN 2012

  Sukacita, di sini saya memaklumkan bahawa bil cukai taksiran akan dipos kepada semua pemilik premis di Seberang Perai mulai 26 November 2011 dan pembayaran perlu dibuat sebelum 28 Februari 2012.  Bil tersebut juga boleh disemak di Kaunter Bayaran MPSP atau di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my .

  Selain itu, pembayar cukai taksiran yang membayar keseluruhan cukai tahunan 2012 beserta tunggakan pada 1 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011 akan diberi ‘shopping bag’ sebagai cenderahati serta layak menyertai cabutan bertuah. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP.

  MPSP telah menyediakan 15,000 unit ‘shopping bag’ dan ia boleh didapati di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth sementara stok masih ada.   Manakala hadiah cabutan bertuah pula terdiri daripada ipad2, netbook, handphone, barangan elektrik, kamera dan lain-lain.Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah-hadiah yang disediakan boleh didapati di www.mpsp.gov.my.

  Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di 04-5497470 /471/697/696/695/468 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..    

 

5.TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN NOVEMBER 2011

  Sepanjang bulan November 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah memeriksa sebanyak 831 buah premis perniagaan dan dari jumlah tersebut, sebanyak 40 kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

  Direktorat Penguatkuasaan juga telah mengeluarkan sebanyak 64 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 9 kompaun ke atas kenderaan lori tanah yang menyebabkan jalan kotor dan juga 117 kompaun halangan di siar kaki jalan.

  Sebanyak 102 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 5,100.00 bayaran telah diterima.

  Manakala bagi kompaun ‘parking’, sebanyak 5774 kompaun telah dikeluarkan dan kompaun yang telah dibayar adalah berjumlah RM57,665.00 bagi tempoh 1 November 2011 sehingga 17 November 2011.

 

6.PEGAWAI BARU BERJAWATAN TETAP KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
  
  Sukacita dimaklumkan, bahawa MPSP telah melantik beberapa orang pegawai Pengurusan & Profesional  ke jawatan tetap di dalam usaha memantapkan lagi pentadbiran  Majlis.  Berikut, saya perkenalkan pegawai tersebut, iaitu ;

  I.Pegawai Teknologi Maklumat gred F41 iaitu Puan Raja Mashitah binti Raja Zainal yang telah dilantik pada 5 Oktober 2011 dan ditugaskan di Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Khidmat Pengurusan.

 Manakala pada 1 November 2011, terdapat 5 orang pegawai lagi dari kumpulan Pengurusan & Profesional telah dilantik ke jawatan tetap, iaitu ;

 II.Encik Mohd. Raisul Muhaddisin bin Hamad, Arkitek gred J41 ditugaskan di Jabatan Bangunan

III.Puan Nurhazwani, Arkitek gred J41 juga ditugaskan di Jabatan Bangunan

 IV.Encik Mohd. Puad bin Hamid, Pegawai Kesihatan Persekitaran gred U41 ditugaskan di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

  V.Encik Mohd. Fidaie bin Mohamad, Pegawai Kesihatan Persekitaran  gred U41 ditugaskan di Jabatan Pelesenan

    dan akhir sekali,

 VI.Puan Rosilah binti Rashid, Pegawai Undang-Undang gred L41 ditugaskan di Jabatan Undang-Undang.

 


SEKIAN, TERIMA KASIH.