PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN TANDAS BERSIH MPSP(KATEGORI PASARAYA) 2012 DI PASARAYA GIANT, PRAI

Tarikh kemaskini pada

MPSP ( Urusetia Jabatan Perkhidmatan Kesihatan ) akan mengadakan Pertandingan Mewarna sempena Kempen Tandas Bersih MPSP(Ketegori Pasaraya) 2012 di :-

Tempat : Ruang Legar Pintu Masuk Pasaraya GIANT, Prai
Tarikh : 19 MEI 2012(SABTU)
Jam : 12.00 tengah hari - 2.00 petang

Penyertaan adalah PERCUMA.

Peserta(anak-anak) dikehendaki membawa peralatan melukis.

Hadiah akan diberikan kepada 6 penyertaan terbaik mengikut 2 kategori iaitu Kategori 3-6 tahun dan Kategori 7-12 tahun.

Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan borang dari Urusetia Program, Tingkat 7,  Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, MPSP Perda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Rozita Ismail di sambungan 551.

Selain itu, ada pameran dari Jabatan Alam Sekitar, IWK, Peralatan Tandas oleh Syarikat Coway, Pemeriksaan Kesihatan ( BMI ) dan Kempen Tak Nak Merokok oleh Pejabat Kesihatan, Kaunter Informasi Ubat oleh Klinik Bukit Minyak.

Kehadiran tuan/puan bersama anak-anak amat dialu-alukan.