PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN TANDAS BERSIH MPSP (KATEGORI PASARAYA) 2012

Tarikh kemaskini pada

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, MPSP akan mengadakan Pertandingan Mewarna sempena Kempen Tandas Bersih MPSP (Ketegori Pasaraya) 2012 pada :

Tarikh    : 16 JUN 2012(SABTU)

Masa     :  12.00 tengah hari - 2.00 petang

Tempat :  berhadapan KFC di pasaraya TESCO ALMA

Penyertaan adalah PERCUMA. Peserta(anak-anak) dikehendaki membawa peralatan melukis.

Hadiah akan diberikan kepada 6 penyertaan terbaik mengikut 2 kategori iaitu Kategori 3-6 tahun dan Kategori 7-12 tahun. Semua peserta juga akan menerima hadiah saguhati.

Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan borang dari Urusetia Kempen,Puan Rozita Ismail di sambungan 551 Tingkat 7,  Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, MPSP Perda.

Selain itu, aktiviti-aktiviti dari agensi-agensi Jabatan Alam Sekitar(pameran), IWK(pameran), Syarikat Coway(Pameran Peralatan Tandas), Hospital Bukit Mertajam/Seberang Jaya(Kempen Derma Darah), Pejabat Kesihatan Daerah(Pemeriksaan Kesihatan ( BMI ) dan Kempen Tak Nak Merokok) juga diadakan. Kehadiran tuan/puan bersama anak-anak amat dialu-alukan.