PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU TAHUN 2013

Tarikh kemaskini pada

PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU TAHUN 2013
& BERPELUANG MEMENANGI
HADIAH CABUTAN BERTUAH DAN CENDERAHATI


 

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayar cukai taksiran yang membayar KESELURUHAN CUKAI TAHUNAN 2013 BERSERTA TUNGGAKAN pada 1 DISEMBER 2012 HINGGA 31 DISEMBER 2012 akan diberi cenderahati ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA’ serta LAYAK UNTUK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN CABUTAN BERTUAH ADALAH: -

(a) Pembayar cukai taksiran perlu membayar keseluruhan cukai tahun 2013 beserta tunggakan.

(b) Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai tunggakan, dikehendaki membayar keseluruhan cukai tahun 2013.

(c) Pembayaran mesti dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 1 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012.

(d) Pembayaran dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP iaitu: -

     (i) Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda

     (ii) Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my
   
     (iii) Bayaran di agensi setempat iaitu: -
             (a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
             (b) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
             (c) PDC Setia Urus Sdn Bhd
             (d) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
             (e) Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my
             (f) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
             (g) Telekom Malaysia Berhad
             (h) Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my

     (iv) Bayaran di agen-agen bank iaitu: -
             (a) Bank Islam (M) Berhad       (i)  Alliance Bank (M) Berhad
             (b) CIMB Bank Berhad             (j)  Eon Bank Berhad
             (c) Citibank Berhad                (k)  Ambank (M) Berhad
             (d) HSBC Bank (M) Berhad       (l)  Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad
             (e) Malayan Banking Berhad    (m)  United Overseas Bank (M) Berhad
             (f) MBF Cards Sdn Bhd           (n)  Affin Bank Berhad
             (g) RHB Bank Berhad              (o)  Public Bank Berhad
             (h) Bank Simpanan Nasional

MPSP telah menyediakan ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA’ kepada pembayar cukai yang menyertai promosi ini dan ia boleh didapati di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth. STOK KUPON PERCUMA ADALAH TERHAD.

Manakala HADIAH CABUTAN BERTUAH pula terdiri daripada: -

1 HADIAH PERTAMA         1 UNIT SAMSUNG GALAXY NOTE 2

1 HADIAH KEDUA             1 UNIT IPAD 3 (32GB)

2 HADIAH KETIGA            2 UNIT IPAD 3 (16GB)   

2 HADIAH KEEMPAT        2 UNIT SAMSUNG TAB 7.0

2 HADIAH KELIMA           2 UNIT NOTEBOOK

2 HADIAH KEENAM          2 UNIT LED TV 32”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di 04-5497470/471/697/696/695/468 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.