SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2013

Tarikh kemaskini pada

Penghargaan yang tinggi saya panjangkan untuk semua insan yang bergelar wanita.

 

“Selamat Hari Wanita Sedunia 2013”. Marilah sama-sama kita menghayati tema Kerajaan Negeri Pulau Pinang kali ini iaitu “Wanita Pulau Pinang Bangkit”. Dengan tema ini, saya berharap agar kita sama-sama dapat menjadikan hari ini dan hari akan datang sebagai pencetus semangat untuk sama-sama kita bangun dan bangkit mara ke hadapan untuk bersaing dalam dunia globalisasi ini. Harus diingat, peranan lelaki dan wanita adalah sama penting untuk menjadikan dunia ini maju, aman dan harmoni. Wanita diberikan kelebihan yang tiada tolok bandingnya. Disamping bekerja, kita masih mampu menguruskan rumahtangga dan melaksanakan tanggungjawab sebagi anak, isteri dan ibu. Pengorbanan ini perlu dihargai dan dibanggakan. Dengan ini, saya berharap semua kaum wanita di MPSP ini dapat bersama-sama bangkit dan berganding bahu menjadikan MPSP ini menuju ke puncak kecemerlangan yang lebih tinggi.

 

“Selamat Hari Wanita Sedunia 2013”

 

“Happy International Women’s Day”

 

Dari

 

Yang DiPertua MPSP

Puan Maimunah Mohd Sharif