KAUNTER PENGURANGAN KOMPAUN

Tarikh kemaskini pada

KENYATAAN YANG DIPERTUA MPSP PADA 27 JUN 2013
KAUNTER PENGURANGAN KOMPAUN

 
Untuk makluman, sempena Perayaan Hari Majlis yang ke 39 pada 6 Julai 2013 Majlis akan memberi diskaun untuk semua Kompaun Tanpa Lesen yang belum didaftar di mahkamah. Jenis‐jenis kesalahan yang akan diberi potongan adalah seperti berikut:  


i.    Undang‐Undang Kecil Penjaja 1991  
ii.   Undang‐Undang Kecil Iklan 2001  
iii.  Undang‐Undang Kecil Bayaran Lesen 1981  
iv.  Akta Kerajaan Tempatan (Kesalahan Tidak Pamer Lesen)  
 
Kadar pengurangan kompaun untuk semua kesalahan di atas adalah RM50.00.  

Manakala bagi kompaun Tempat Letak Kereta, setiap kompaun dikenakan bayaran RM15 sahaja bagi setiap kompaun. Kes yang telah didaftar di mahkamah tidak layak untuk mendapat promosi ini.  

Promosi ini sah pada 6 Julai 2013 sahaja.