JEMPUTAN KE LP MOUNTAIN BIKE CARNIVAL - TRAIL 4U 2013 - 02 & 03 NOVEMBER 2013

Tarikh kemaskini pada

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah MMK Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai beserta Kelab Berbasikal LP Mountainbike akan menganjurkan program "LP Mountain Bike Carnival" pada 2 November 2013 (Sabtu) mulai 10.00 pagi hingga 9.30 malam dan pada 3 November 2013 ( Ahad) mulai 7.00 pagi hingga 2.00 petang di Kompleks Sukan & Rekreasi MPSP Jalan Betek, Bukit Mertajam.

Program berbasikal akan disempurnakan oleh YB Chong Eng, EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang pada 3 November 2013 (Hari Ahad). Pelepasan peserta bagi program berbasikal adalah pada jam 7.00 pagi pada 3 November 2013 (Ahad).

Acara-acara lain program ialah Pertandingan Lukisan  Kanak-Kanak, Permainan Kanak-Kanak, "Cosplay Competition", Konvoy Super Bike, Konvoy Super Car, Fast Track CHAIRKANA, Car Modified Contest & Exhibition, Belon Udara Panas (Hot Air Balloon), Appearance of Longest Joint Bicycle, Persembahan Tempatan, Jamboree Mountainbike, Badut(Clown) Stilt Walker, Top 100 Riders Red Carpet Walkway, Gerai-Gerai Makanan & Pameran dan Majlis Penyampaian Hadiah.

Selain daripada itu, pada 2 November 2013 (Sabtu) acara Harley Davidson Superbike Convoy  akan diadakan bermula jam 4.00 petang dari Ibu Pejabat MPSP Bandar PERDA ke Kompleks Sukan & Rekreasi MPSP Jalan Betek, Bukit Mertajam.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Pengelola dengan berbesar hati menjemput orang ramai untuk menghadiri serta memeriahkan majlis.