KURSUS PENGURUSAN ALAM SEKITAR SERTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEPADA KONTRAKTOR

Tarikh kemaskini pada

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai akan mengadakan Kursus Pengurusan Alam Sekitar dan Keselamatan Pekerjaan Kepada Kontraktor pada 26  dan 27 Mac 2014. 

Sehubungan dengan itu, kepada kontraktor yang berminat bolehlah membuat bayaran di Kaunter Berpusat Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai bermula pada 10 Februari sehingga 28 Februari 2014. 

Yuran kursus adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan. 

Sebarang pertanyaan berhubung dengan kursus berkenaan bolehlah berhubung dengan Puan Nur Zamzarina binti Hj Othman di talian 04-5497773 atau Cik Siti Amirah binti Zainudin di talian 04-5497454.  Sekian, harap maklum.