PANDANGAN AWAM CADANGAN PEMBINAAN PASARAYA TESCO DI BERTAM PERDANA

Tarikh kemaskini pada

 

logompsp

Yang Dipertua Majlis, telah menerima satu permohonan untuk pembangunan sebuah Pasaraya Hypermarket oleh Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. di atas Lot 20022, Bertam Perdana, Kepala Batas, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Para penduduk dan peniaga kawasan sekitar tapak cadangan ini adalah dijemput untuk mengemukakan maklumbalas sokongan atau bantahan terhadap cadangan ini.

Borang maklumbalas boleh diperolehi dari Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai atau dimuat turun (Borang).

Maklumbalas perlulah diserahkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis ini iaitu sebelum atau pada 22hb Mei 2014 dan perlulah dialamatkan kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Seberang Perai.

 

Rujukan MPSP/70/1-66/42

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI