KURSUS PERSEKITARAN ALAM SEKITAR KEPADA KONTRAKTOR

Tarikh kemaskini pada

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menganjurkan Kursus Persekitaran Alam Sekitar Kepada Kontraktor pada 19 November 2014.

Sehubungan dengan itu, pemohonan adalah dipelawa kepada kontraktor yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut. Bayaran kursus sebanyak RM100 dikenakan kepada setiap syarikat dan perlu dibuat di Kaunter Berpusat Ibu Pejabat MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda.

Tarikh tutup bayaran adalah pada 07 November 2014.

Sebarang pertanyaan mengenai kursus boleh berhubung dengan Puan Nur Zamzarina binti Haji Othman di talian 04 - 5497773 atau Cik Siti Amirah binti Zainudin di talian 04 - 5497454. Sekian, harap maklum.