PEMBAYARAN BIL KOMPAUN LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI KINI BOLEH DIBAYAR DI KAUNTER MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DAN SEBALIKNYA MULAI 15 JAN 2016

Tarikh kemaskini pada

logo mpsp
PEMBERITAHUAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DI KAUNTER KUTIPAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DI KAUNTER MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
     
1
.
Dimaklumkan bahawa bermula 15 Januari 2016 kompaun letak kereta Majlis Perbandaran Seberang Perai boleh dibayar di kaunter kutipan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dan kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang boleh dibayar di kaunter Majlis Perbandaran Seberang Perai.
     
2
.
Kompaun Majlis Perbandaran Seberang Perai yang boleh dijelaskan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah kompaun kesalahan letak kereta yang dikeluarkan bermula tahun 2014 di bawah Pemberitahuan Tentang Kesalahan Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) Majlis Perbandaran Seberang Perai 1995 seperti contoh di lampiran 1.
     
3
.
Kompaun yang boleh dibayar adalah tertakluk kepada kesalahan berikut:
           
3.1
Perintah 6 (1)
Tidak Mempamirkan Kupon Yang Sah
3.2
Perintah 7
Tidak Mempamirkan Kupon Dengan jelas
3.3
Perintah 8
Mempamirkan Kupon Tidak Mengikut Arahan Yang Diberikan
3.4
Perintah 9
Masa Yang Ditunjuk Dalam Kupon Berikutnya Tidak Bersambung Serta - Merta
3.5
Perintah 15
Letak Tanpa Membayar Caj / Melebihi Masa
3.6
Perintah 19
Letak Di luar Tempat / Petak Letak Kereta
3.7
Perintah 20 (1)
Letak Melintang Garisan Petak
3.8
Perintah 20 (2)
Ingkar Tanda & Isyarat Di Tempat Letak Kereta
3.9
Perintah 25 (1)
Menghalang Tempat / Petak Letak Kereta
3.10
Perintah 27
Menyalahgunakan Tempat / Petak Letak Kereta
3.11
Perintah 28
Berdagang / Berniaga Di Tempat / Petak Letak Kereta
3.12
Perintah 29
Membasuh / Mencuci Kenderaan Motor Di Tempat / Petak Letak Kereta
     
UNDANG - UNDANG KECIL MENCEGAH KEKOTORAN KERAJAAN TEMPATAN SEBERANG PERAI 1975
     
SEBERANG PERAI 1975
3.13
Undang - Undang Kecil 10(1) (g)
Memberhenti Kenderaan Di Siarkaki
     
UNDANG - UNDANG KECIL TAMAN MPSP 1992
3.14
Undang - Undang Kecil 3 (g)
Menunggang Basikal / Memandu Kenderaan Bermotor Di Atas Rumput / Lorong Pejalan Kaki
     
AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974
3.15
Seksyen 46 (1) (g)
Memberhentikan Kenderaan Di Siarkaki
     
4
.
Amaun yang boleh dijelaskan adalah amaun penuh tanpa diskaun sahaja.
     
5
.
Sila hubungi Unit Kompaun di talian 04 - 5402581 atau 04 - 5402582 untuk maklumat lanjut.
     
     

logo mbpp
PEMBERITAHUAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DI KAUNTER KUTIPAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DAN KUTIPAN KOMPAUN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DI KAUNTER KUTIPAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
     
1
.
Dimaklumkan bahawa bermula 15 Januari 2016 kompaun letak kereta Majlis Bandaraya Pulau Pinang boleh dibayar di kaunter kutipan Majlis Perbandaran Seberang Perai, dan kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai boleh dibayar di kaunter kutipan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
     
2
.
Kompaun Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang boleh dijelaskan di Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah kompaun kesalahan letak kereta yang dikeluarkan bermula tahun 2014 di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Pulau Pinang 2014 seperti contoh di lampiran 1.
     
3
.
Kompaun yang boleh dibayar adalah tertakluk kepada kesalahan seperti berikut:
           
3.1
Kesalahan meletak kenderaan di luar petak
3.2
Kesalahan petak letak kereta (meletak kereta melintang, menjaja dalam petak, halangan dalam petak, dan lain-lain)
3.3
Mengalih kompaun dari kenderaan
3.4
Meletak kenderaan di dalam petak OKU atau petak khas
3.5
Kesalahan tidak mematuhi papan tanda/isyarat lalulintas
3.6
Kesalahan meletakkan kenderaan/ halangan di atas siar kaki awam
3.7
Kesalahan tidak pamerkan kupon di atas papan pemuka kenderaan
3.8
Kesalahan melibatkan kupon (tidak meletak kupon, kupon tamat tempoh dan lain-lain)
3.9
Kesalahan melibatkan Alat Peraga Berelektronik (tidak sah, kredit tidak mencukupi, tidak diaktifkan dan rosak)
3.10
Kesalahan pas bermusim (tidak sah/palsu, dipamerkan tidak mengikut arahan) dan tamat tempoh)
     
4
.
Amaun yang boleh dijelaskan adalah amaun penuh tanpa diskaun sahaja.
     
5
.
Sila hubungi Unit Kompaun di talian 04 - 2592242 atau 04 - 2592285 untuk maklumat lanjut.