LANJUTAN TEMPOH PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU 2016 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

Tarikh kemaskini pada

cukai2016n

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayar cukai taksiran yang membayar KESELURUHAN CUKAI TAHUNAN 2016 BERSERTA TUNGGAKAN mulai 15 NOVEMBER 2015 HINGGA 29 FEBRUARI 2016 akan menerima cenderahati ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA’ serta LAYAK UNTUK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: -

(a) Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun 2016 berserta tunggakan (jika ada).

(b) Pembayaran mesti dibuat dalam tempoh yang ditetapkan mulai 15 November 2015 hingga 29 Februari 2016.

(c) Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP iaitu: -

      1) Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda

     2) Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my

     3) Bayaran di agensi setempat iaitu: -

         (a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
         (b) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
         (c) PDC Setia Urus Sdn Bhd
         (d) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
         (e) Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my
         (f) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
         (g) Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my

(d) Bayaran di agen-agen bank iaitu: -

        (a) Bank Islam (M) Berhad     (i) Alliance Bank (M) Berhad
        (b) CIMB Bank Berhad           (j) Ambank (M) Berhad
        (c) Citibank Berhad               (k) Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad
        (d) HSBC Bank (M) Berhad     (l ) United Overseas Bank (M) Berhad
        (e) Malayan Banking Berhad   (m) Affin Bank Berhad
        (f) MBF Cards Sdn Bhd          (n) Public Bank Berhad
        (g) RHB Bank Berhad            (o) Bank Muamalat Malaysia Berhad
        (h) Bank Simpanan Nasional  (p) Agrobank

Bagi hadiah cabutan bertuah kali ini, berikut adalah senarai hadiah yang disediakan:

       Hadiah Pertama 1 Unit Mountain Bike Venzo Viper 29
       Hadiah Kedua 1 Unit Airwheel X8 Carbon Fibre
       Hadiah Ketiga 1 Unit Mountain Bike Java Saetta
       Hadiah Keempat 1 Unit Ipad Air Wi Fi 16GB
       Hadiah Kelima 1 Unit Ipad Air Wi Fi 16GB
       Hadiah Keenam 1 Unit Mountain Bike KAR-Gero QZ60
       Hadiah Ketujuh 1 Unit Panasonic LED TV 43”
       Hadiah Kelapan 1 Unit Mountain Bike KAR-Gero QZ50
       Hadiah Kesembilan 1 Unit Acer Aspire Notebook PC
       Hadiah Kesepuluh 1 Unit Acer Aspire Notebook PC

       Lain-Lain Hadiah 40 Hadiah Lain berupa mountain bike, barangan, elektrik, telefon pintar, tablet pc dan perkakasan rumah.


Bagi promosi kali ini, MPSP telah memperkenalkan satu (1) kategori baru iaitu cabutan bertuah khusus kepada pemilik yang membayar keseluruhan cukai tahunan 2016 berserta tunggakan (jika ada) dan bayaran mestilah dibuat secara ONLINE dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Sebanyak lima (5) unit telefon pintar jenama Samsung Galaxy A5 disediakan khusus bagi kategori ini.

MPSP telah menyediakan cenderahati berupa ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA (KUPON JAM)’ kepada pembayar cukai yang menyertai promosi ini dan ia boleh dituntut di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth. STOK KUPON PERCUMA ADALAH TERHAD. Setiap akaun yang layak akan menerima 2 buku kupon letak kereta (kupon jam) sebagai cenderahati.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mpsp.gov.my atau menghubungi di talian 04-5497470/471/697/696/468/790 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..