KURSUS PENGURUSAN ALAM SEKITAR SERTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEPADA KONTRAKTOR

Tarikh kemaskini pada

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai akan mengadakan Kursus Pengurusan Alam Sekitar dan Keselamatan Pekerjaan Kepada Kontraktor pada 08 September 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, kepada kontraktor yang berminat bolehlah membuat bayaran di Kaunter Berpusat Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai bermula pada 08 Ogos sehingga 02 September 2016. Yuran kursus adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan kursus berkenaan bolehlah berhubung dengan Puan Nur Zamzarina binti Hj Othman di talian 04 - 5497773 atau Cik Siti Amirah binti Zainudin di talian 04 - 5497454.  Sekian, harap maklum.