PELAWAAN PERMOHONAN BERNIAGA KEPADA PENIAGA - PENIAGA FOOD TRUCK DI BUTTERWORTH FRINGE FESTIVAL 2016

Tarikh kemaskini pada

Sukacita dimaklumkan Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Think City Sdn.Bhd dan dengan kendalian kurator George Town Festival (GTF)  akan menganjurkan Butterworth Fringe Festival (BFF). Festival ini akan diadakan pada 13 - 14 Ogos 2016 (Sabtu - Ahad) bermula 1.00 petang hingga 11.00 malam di sekitar kawasan Jalan Jeti Lama, Butterworth. Sejajar dengan penganjuran BFF 2016, MPSP mempelawa para peniaga food truck untuk untuk turut serta dalam festival ini. Pendaftaran permohonan adalah dibuka kepada semua pemilik food truck seluruh Seberang Perai dan negeri Pulau Pinang bermula 28 Julai 2016 sehingga 4 Ogos 2016.

Borang permohonan boleh didapati daripada laman web MPSP melalui jaringan ini, sila (klik di sini) atau boleh menghubungi di talian 04 - 5497709 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian terima kasih.