PENYEWAAN KOMPLEKS MAKANAN MPSP YANG TERLETAK BERSEBELAHAN KOMPLEKS SUKAN BERTAM, MUKIM 6, SEBERANG PERAI UTARA

Tarikh kemaskini pada

gam1

gam2

pelanlokasi

gam3

 

SYARAT-SYARAT SEWAAN KOMPLEKS MAKANAN MPSP YANG TERLETAK BERSEBELAHAN KOMPLEKS SUKAN BERTAM, MUKIM 6, SEBERANG PERAI UTARA


(i)Permohonan ini terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas atau syarikat-syarikat yang berminat dan hendaklah tidak berstatus muflis;

(ii)Pemohon-pemohon yang layak bolehlah memohon secara bertulis (tiada borang disediakan) kepada MPSP untuk menyewa kompleks makanan MPSP bersebelahan Kompleks Sukan Bertam,  Mukim 6, Seberang Perai Utara dengan menyatakan kadar sewaan, tujuan sewaan, tempoh sewaan dan jumlah pelaburan yang akan dibelanjakan bagi tujuan permohonan ini;

(iii)Tiap-tiap pemohon mestilah menyerahkan permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani serta diletakkan ke dalam satu sampul surat yang dimateraikan. Permohonan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti menerima permohonan yang disediakan di Kaunter Berpusat MPSP bermula pada 6 Januari 2017 hingga 6 Februari 2017 (sebelum jam 12 tengahari).

(iv)Setiap pemohonan perlulah mencatitkan perkataan ’Permohonan Untuk    Menyewa Kompleks Makanan MPSP Bersebelahan Kompleks Sukan Bertam,  Mukim 6, Seberang Perai Utara’ di atas sebelah kiri sampul surat permohonan;

(v)MPSP dan Pihak Berkuasa Negeri berhak menerima atau menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan apa-apa alasan kepada mana-mana pemohon atau mana-mana pihak;

(vi)Pemohon yang berjaya akan hanya ditawarkan penyewaan kompleks makanan MPSP bersebelahan Kompleks Sukan Bertam, Mukim 6, Seberang Perai Utara setelah MPSP dan Pihak Berkuasa Negeri memberikan kelulusan tertakluk kepada syarat-syarat;

(vii)Kadar sewa rezab yang ditetapkan ialah RM 5,400 sebulan + GST untuk tiga (3) tahun yang pertama. Kadar sewaan akan dinaikkan sebanyak 10% untuk tempoh sewaan dua (2) tahun selanjutnya. Pemohon dikehendaki menawarkan kadar sewa yang menyamai kadar sewa rezab atau melebihi kadar sewa rezab;

(viii)Tempoh sewaan ialah tiga (3) tahun dan dengan opsyen untuk melanjutkan sewaan selama dua (2) tahun. Opsyen penyewaan adalah kepada MPSP;

(ix)Jenis kegunaan premis yang disewakan adalah seperti berikut:-
    a)Pejabat
    b)Pusat sukan
    c)Kolej / Institusi pendidikan / pusat pendidikan
    d)Hotel / motel
    e)Restoran

(x)Permohonan penyewaan ini adalah tertakluk kepada konsep “As Is Where Is Basis”. Segala kos pembaikan, kos penyenggaraan dan lain-lain kos yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab pemohon yang berjaya;

(xi)Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan di awal bulan sebelum 7 haribulan;

(xii)Bayaran deposit sewaan adalah bersamaan 3 bulan sewa + GST + bayaran deposit elektrik dan air  sebanyak RM1,000 hendaklah dibayar sebaik sahaja menerima tawaran sewaan MPSP;

(xiii)Bayaran deposit ini akan dipulangkan semula kepada pemohon yang berjaya tanpa faedah selepas tamatnya tempoh sewaan atau apabila berlaku penamatan awal dan selepas ditolak apa-apa hutang yang tertunggak kepada MPSP. Walau bagaimanapun, pemulangan bayaran deposit ini adalah turut tertakluk kepada klausa (xxvi). Pemohon yang berjaya juga dikehendaki menambah bayaran deposit sewaan di setiap tempoh opsyen lanjutan sewa;

(xiv)Caj denda lewat sebanyak 10% daripada bayaran sewa bulanan akan dikenakan sekiranya terlewat membayar selama 1 bulan dan kadar 20% daripada bayaran sewa bulanan akan dikenakan sekiranya lewat membayar selama 2 bulan;

(xv)Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan segala bil air, elektrik dan bil-bil utiliti lain yang berkaitan dengan penggunaan di atas premis yang disewakan dan mengemukakan salinan resit-resit bayaran bil yang berkaitan setiap tiga (3) bulan kepada MPSP;

(xvi)Pemohon yang berjaya hendaklah dalam masa selewat-lewatnya satu (1) bulan daripada tarikh penerimaan tawaran mengemukakan pelan-pelan pengubahsuaian bangunan untuk pertimbangan dan kelulusan MPSP terlebih dahulu sebelum dibenar menjalankan apa-apa pengubahsuaian bangunan;

(xvii)Bayaran sewa hendaklah mula dijelaskan oleh pemohon yang berjaya selewat-lewatnya dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh penerimaan tawaran sewa atau ketika operasi perniagaan mula beroperasi mengikut mana yang terdahulu;

(xviii)Pemohon yang berjaya hendaklah menyatakan persetujuan menerima tawaran sewa daripada MPSP dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh surat MPSP dikeluarkan. Pemohon yang berjaya dianggap menolak tawaran jika gagal menyatakan persetujuan menerima tawaran sewa dalam jangkamasa yang ditetapkan;

(xix)Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menyerah, menyewa kecil atau melepaskan mana-mana bahagian premis yang disewakan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada MPSP;

(xx)Pemohon yang berjaya hendaklah membenarkan pegawai-pegawai, kakitangan atau agen MPSP pada masa-masa yang munasabah memasuki dan memeriksa premis yang disewa;

(xxi)Pemohon yang berjaya dikehendaki menyerahkan keseluruhan premis yang disewa serta apa-apa pengubahsuaian dan pembangunan yang telah dilaksanakan kepada MPSP selepas tamatnya tempoh sewaan atau apabila berlaku penamatan awal tanpa menuntut apa-apa pampasan;

(xxii)Pemohon yang berjaya dikehendaki menyediakan meter yang berasingan untuk bekalan elektrik dan air ke premis yang disewa. Segala kos mengenainya hendaklah ditanggung oleh pemohon yang berjaya;

(xxiii)Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan mendirikan apa-apa struktur binaan berhala atau tokong di atas tapak yang disewa;

(xxiv)Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian sewaan ini dengan memberi pihak satu lagi 3 bulan notis secara bertulis;

(xxv)MPSP berhak menamatkan perjanjian sewaan ini tanpa memberi sebarang notis sekiranya bayaran sewaan premis berkenaan tidak dibayar selama 2 bulan;

(xxvi)MPSP berhak menamatkan sewaan dengan lebih awal serta merampas sepenuhnya kesemua bayaran deposit yang dibayar oleh pemohon yang berjaya sekiranya dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh penerimaan tawaran, kerja-kerja pengubahsuaian dan pembangunan di atas premis yang disewa masih belum siap sepenuhnya dan pemohon yang berjaya masih belum menjalankan operasi perniagaan. Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menuntut apa-apa gantirugi daripada MPSP atau Pihak Berkuasa Negeri dan hendaklah secara aman menyerahkan premis yang disewakan serta apa-apa pengubahsuaian dan pembangunan kepada MPSP;

(xxvii)Pemohon yang berjaya dikehendaki memperolehi lesen yang berkaitan dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi atau jabatan-jabatan yang mengawalselia aktiviti-aktiviti perniagaan pemohon yang berjaya;

(xxviii)Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian sewaan dengan MPSP dan menanggung sepenuhnya kos penyediaan perjanjian serta kos-kos lain yang berkaitan dengannya; dan

(xxix)Syarat-syarat lain sewaan yang akan ditentukan oleh MPSP.